Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

48) PEMBUANGAN SISA INDUSTRI DI TEBING SUNGAI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap tebing sungai yang berulang kali menjadi tapak pembuangan sisa industri yang berbau bahan kimia?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Selangor (JPS) Negeri Selangor akan mengadakan rondaan pada rizab sungai secala berkala untuk mengenalpasti sekiranya ada berlaku kerosakan pada tebing sungai. Selain itu, kerja pembersihan berkala juga akan dibuat setiap tahun. Namun begitu, sekiranya terdapat pembuangan sisa industri yang berbau bahan kimia di rizab sungai, pihak JPS akan membuat laporan kepada Pejabat Tanah dan Daerah serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk membuat penguatkuasaan secara bersepadu.

  2. Adakah Kerajaan Negeri sedar kegiatan pembuangan sisa industri di tepi Sungai Aur, Pelabuhan Klang telah menyebabkan sungai tersebut menjadi sempit dan mengakibatkan banjir?

    Paras Sungai Aur, Pelabuhan Klang adalah dipengaruhi pasang surut Air Laut. Banjir yang berlaku di kawasan penempatan penduduk dan perindustrian yang rendah bukan disebabkan pembuangan sisa industri sebaliknya keamatan hujan yang tinggi di kawasan penempatan dan perindustrian telah menyebabkan banjir sewaktu pertembungan paras air Sungai Aur tinggi akibat pasang besar laut.

Lampiran

Tiada Lampiran.