Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
43) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI APLIKASI WAZE
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Ya, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze. Berikut merupakan senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menggunakan Aplikasi Waze sebagai satu saluran alternatif kepada rakyat untuk membuat pelaporan keadaan jalan berlubang di Negeri Selangor:
- Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA)
- Majlis Bandar raya Petaling Jaya (MBPJ)
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Perbandaran Klang (MPK)
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
-
Adakah pelaksanaan sistem ini juga melibatkan jalan JKR Negeri dan jalan JKR Persekutuan? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
Pelaksanaan sistem ini tidak melibatkan jalan JKR Negeri dan JKR Persekutuan. Pelaksanaan sistem ini telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat pertama (permulaan), sistem ini hanya melibatkan 7 Pihak Berkuasa Tempatan. Penambahbaikan dan perancangan masa hadapan akan diperluaskan dan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan adalah dialu-alukan. Dalam pada itu, pihak SSDU serta UPEN akan mengadakan program untuk melibatkan pihak JKR di dalam inisiatif ini.