Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

31) UNDANG-UNDANG KECIL PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan semua pindaan kepada undang undang kecil yang dilakukan oleh setiap PBT di Selangor dari 2013-2017

    Sehingga kini, terdapat 27 Undang-undang Kecil (UUK), 2 Perintah dan 1 Kaedah yang sedang berkuatkuasa di seluruh PBT Negeri Selangor. Pindaan kepada UUK di Negeri Selangor dilaksanakan secara bersama bagi kesemua 12 PBT melalui semakan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor bagi tujuan penyeragaman. Bagi tahun 2013 sehingga 2017, terdapat lapan (8) UUK yang telah terlibat dengan pindaan seperti butiran berikut:

    BIL UNDANG-UNDANG KECIL TAHUN PINDAAN
    1. Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013
    2. Hotel 2013
    3. Kolam Renang 2013
    4. Pusat Sukan Persendirian 2013
    5. Penternakan Burung Walit dan Perusahaan Sarang Burung Walit 2013
    6. Kerajaan Tempatan (Mengkompaun kesalahan-kesalahan)Pindaan 2013
    7. Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2013 2013
    8. Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Pindaan Jadual) 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.