Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

18) BANTUAN AM KEBAJIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan penerima bantuan kebajikan di setiap daerah

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan Bantuan Am Negeri kepada penerima bantuan bagi setiap daerah. Berikut adalah jumlah bilangan penerima Bantuan Am mengikut daerah :

    Daerah Bilangan Penerima Bantuan Am
    Klang 791

     

    Gombak 451

     

    Hulu Langat 323

     

    Kuala Langat 543

     

    Hulu Selangor 684

     

    Sepang 423

     

    Kuala Selangor 374

     

    Sabak Bernam 436

     

    Petaling 545

     

    JUMLAH 4,570

    Sumber : Bahagian Kebajikan Produktif, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

     

  2. Berapakah nilai serta jumlah bayaran Bantuan Am oleh Kerajaan Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penerima-penerima bantuan kebajikan sekarang?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bayaran Bantuan Am Negeri pada tiga (3) kadar yang ditetapkan iaitu RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 kepada penerima bantuan. Jabatan ini telah membelanjakan peruntukan Bantuan Am Negeri bagi tempoh Januari hingga Jun 2017 sebanyak RM8,138,850.00 kepada seramai 4,570 orang penerima.

Lampiran

Tiada Lampiran.