Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

17) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kod nombor jalan dan jumlah kepanjangan jalan yang diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Selangor

    Maklumat kod nombor jalan dan jumlah kepanjangan jalan yang diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan adalah seperti di Lampiran A manakala jalan yang diselenggara oleh Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran B.

  2. Berapa banyak peruntukan telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang?

    Peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017 adalah seperti berikut:-

    TAHUN SILING PERUNTUKAN (RM)
    2013 99,100,000.00
    2014 88,900,000.00
    2015 91,900,000.00
    2016 85,500,000.00
    2017 128,300,000.00
    JUMLAH 493,700,000.00

     Peruntukan yang diturunkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara Jalan Negeri sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017 adalah seperti berikut:-

    TAHUN SILING PERUNTUKAN (RM)
    2013 70,000,000.00
    2014 157,221,535.75
    2015 162,253,858.06
    2016 196,000,000.00
    2017 196,000,000.00
    JUMLAH 781,475,393.81

Lampiran

Tiada Lampiran.