Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

6) HASIL KUTIPAN PAPAN IKLAN (BILLBOARD) OLEH PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan papan iklan (billboard) yang sah di setiap PBT

    Jumlah bilangan papan iklan (Billboard) yang sah di setiap PBT adalah sebanyak 1,799 unit. Perincian bilangan mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT BILANGAN PAPAN IKLAN

    (BILLBOARD) YANG SAH

    MBSA 345
    MBPJ 354
    MPK 131
    MPAJ 125
    MPSJ 60
    MPS 232
    MPKj 283
    MPSp 167
    MDKL 6
    MDHS 91
    MDKS 2
    MDSB 3
    JUMLAH 1,799

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

  2. Sila senaraikan jumlah kutipan hasil yang diterima oleh setiap PBT sejak 3 tahun lalu.

    Jumlah kutipan hasil yang diterima oleh setiap PBT pada tahun 2014 adalah sebanyak RM8,046,621.00, tahun 2015 sebanyak RM23,228,218.88 dan tahun 2016 sebanyak RM23,380,130.49. Perincian kutipan hasil mengikut PBT adalah seperti berikut:

     

    PBT KUTIPAN HASIL

    (RM)

    2014 2015 2016
    MBSA 2,920,295.00 2,934,356.00 2,855,399.00
    MBPJ 8,573,130.00 10,827,231.05
    MPK  200,000.00 208,000.00 136,000.00
    MPAJ 843,201.00 907,860.00
    MPSJ 3,231.674.10  3,357,505.78 4,204,296.34
    MPS 2,038,280.00 2,157,302.00 1,655,205.00
    MPKj 2,140,000.00 2,280,000.00 2,320,00.00
    MPSp 80,116.00 88,771.10 103,309.10
    MDKL 20,000.00 20,000.00 35,000.00
    MDHS 645,428 1,997,189 2,637,830
    MDKS 760,000.00 10,000.00
    MDSB 2,502.00 8,764.00 8,000.0
    JUMLAH 8,046,621.00 23,228,218.88 23,380,130.49

    Nota : Sumber maklumat daripada setiap PBT.

     

  3. Sila nyatakan apakah keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan bagi menbendung kewujudan billboard haram ?

    Pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan dengan kerjasama daripada pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan konsesi lebuhraya yang berkaitan ke atas paparan iklan luaran tanpa kebenaran dan tidak mematuhi syarat kelulusan. Tindakan penguatkuasaan seperti operasi perobohan struktur papan iklan juga dilaksanakan sekiranya pihak pengiklan gagal membuat pembaharuan permit.

Lampiran

Tiada Lampiran.