Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

2) ISU SUBSIDI BENIH PADI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini perlaksanaan kuota subsidi benih padi ?

    Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB) MOA telah menetapkan pengeluaran benih padi 80,000 mt setahun dengan peruntukan RM 85 juta setahun. Pemberian subsidi ini telah bermula sejak tahun 2007 dengan kadar subsidi sebanyak 50 sen per kilogram dan dinaikkan kepada RM 1.03 per kilogram pada tahun 2009. Bahagian IPB bertanggungjawab terhadap penetapan dasar, menyelaras dan memantau program pengeluaran benih padi sah dan mengesahkan pembayaran terhadap tuntutan pengeluaran bagi tujuan pembayaran subsidi. Jabatan Pertanian pula bertindak sebagai agensi yang mengesahkan dan memperaku kualiti benih padi sah.

  2. Sila kemukakan jumlah kuota subsidi benih padi yang diluluskan setiap tahun dan jumlah peruntukan yang disalurkan?

    Sebanyak sembilan (9) syarikat telah dilantik melalui perolehan tender terbuka oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengeluarkan benih padi sah bagi tempoh 2015-2016 seperti mana berikut:

    • PPK Puteri Saadong
    • PPK Lahar Bubu
    • Pertama Padi Sdn. Bhd
    • KB Jelapang Selatan (M) Sdn. Bhd.
    • OBL Maju Sdn. Bhd.
    • Felcra Plantation Services Sdn. Bhd.
    • SPPM MADA
    • Haji Mohd. Nor (M) Sdn. Bhd.
    • KB Seri Merbok Sdn. Bhd.

    Sebanyak empat (4) pengeluar diberi kebenaran mengeluarkan MR 220 CL2 bagi tahun 2015-2016 berdasarkan keupayaan dan kemampuan membekal serta menyediakan MR 220 CL2 iaitu:

    • KB Seri Merbok Sdn. Bhd.
    • PPK Lahar Bubu
    • Felcra Plantation Services Sdn. Bhd.
    • SPPM MADA

    Walau bagaimanapun, jumlah kuota terkini bagi setiap syarikat ini tidak dapat diperolehi kerana tidak dipaparkan di laman sesawang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

  3. Senaraikan nama syarikat dan Pengarah yang memperolehi kuota subsidi benih padi sejak 3 tahun yang lalu.

    Bagi tempoh 2013-2014, syarikat-syarikat yang mendapat kuota benih padi adalah seperti berikut –

    Bil Syarikat Kuota (mt)
    1 Kelang Beras Jelapang Selatan (Muar) Sdn Bhd 3,000
    2 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong 3,000
    3 Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn Bhd 1,500
    4 OBL Maju Sdn Bhd 3,000
    5 Kilang Beras Seri Merbok Sdn Bhd 20,000
    6 Haji Md. Nor bin Haji Abd Rahman (M) Sdn Bhd 18,000
    7 Paddytech Resources Sdn Bhd 2,000
    8 Felcra Plantation Services Sdn Bhd 8,000
    9 Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu 8,000
    10 Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn Bhd 8,000
    11 Dataran Pusaka Sdn Bhd  1,500
    12 Pertama Padi Sdn Bhd  4,000

    Nama pengarah-pengarah syarikat ini tidak dapat disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.