Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

246) PORTFOLIO PEKERJA LADANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016

    Pembangunan Pekerja Ladang adalah merupakan portfolio utama di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang. Peruntukan yang telah dibajetkan di bawah portfolio ini dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah seperti berikut:

    TAHUN PERUNTUKAN

    (RM)

    2014 300,000.00
    2015 500,000.00
    2016 500,000.00

    Peruntukan di bawah portfolio ini telah ditambah pada tahun 2015 dari RM300,000.00 kepada RM500,000.00 berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memandangkan program-program bantuan yang dianjurkan di bawah Jawatankuasa ini sentiasa mendapat perhatian dan sambutan daripada pekerja dan bekas pekerja ladang di seluruh Negeri Selangor.

  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Pelbagai program telah dianjurkan demi menjaga hak dan kebajikan memenuhi kehendak sekaligus meningkatkan mentaliti mereka ke arah lebih positif. Tidak hanya mengkhususkan pekerja ladang sahaja dalam memberi manfaat melalui program-program yang dianjurkan, malahan Kerajaan Negeri juga menyediakan program-program kepada anak-anak mereka untuk sama-sama menikmati faedah dari pelbagai aspek termasuk pendidikan dan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan dalam mengharungi hidup sebagai golongan yang dianggap susah.

    Pembangunan ekonomi di kalangan pekerja ladang merupakan teras kepada kehidupan yang lebih selesa dan terjamin di masa hadapan. Justeru itu, di antara program anjuran Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang adalah program berbentuk kemahiran jangka pendek di mana tumpuan khusus kepada pekerja ladang di Negeri Selangor dalam meningkatkan pendapatan sampingan mereka melalui kemahiran yang dipelajari. Program-program kemahiran seperti ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu para pekerja ladang mendalami asas-asas kemahiran ilmu yang boleh menjana pendapatan sampingan.

    Di antara program-program yang telah dilaksanakan dengan jayanya di bawah portfolio sepanjang tahun 2016 melibatkan pekerja ladang di Negeri Selangor dengan perbelanjaan sebanyak RM433,930.00 adalah seperti berikut :-

     

    BIL. PROGRAM
    1. Program Karnival Perayaan “Aadi Peruku” (Mandi Safar) Bersama Para Penduduk Ladang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2016 Pada 01 – 02 Ogos 2016 (Isnin – Selasa)
    2. Program Motivasi Dan Taklimat Para Remaja Dan Bekas Pekerja Ladang Pada 24 Julai 2016 (Ahad)
    3. Program Ke Arah Meningkatkan Daya Pemikiran Dan Taraf Hidup Para Penduduk Dan Pekerja Ladang Pada 27 Mac 2016 (Ahad)
    4. Program Meningkatkan Motivasi Dan Keyakinan Diri Pekerja Ladang Dalam Membentuk Masyarakat Berkualiti Pada 5 Mac 2016 (Sabtu)
    5. Program Kesedaran Dan Keyakinan Diri Pemuda Pemudi Pekerja Ladang Dalam Membentuk Remaja Berkualiti Pada 4 Jun 2016 (Sabtu)
    6. Program Mesra Rakyat YB V.Ganabatirau Sempena Perayaan Ponggal Tamilar Thirunaal Bersama Bekas Penghuni Ladang Ampang Pada 14 Februari 2016 (Ahad)
    7. Program Ramah Mesra Bersama Exco Pekerja Ladang Parlimen Selayang Pada 20 Ogos 2016 (Sabtu)
    8. Program Meningkatkan Pembangunan Sosial Dan Kemasyarakatan Anak Pekerja Ladang Parlimen Hulu Selangor Pada 6 Ogos 2016 (Sabtu)
    9. Program Bengkel Rahsia Kecantikan, Pengurusan Dan Kesihatan Diri Pekerja Ladang Parlimen Sepang Pada 24 April 2016 (Ahad)
    10. Program Teknikal Anak Muda Pekerja Ladang Pada 13 Februari 2016 (Sabtu)
    11. Program Meningkatkan Pembangunan Sosial dan Kemasyarakatan Pekerja Ladang Parlimen Subang Pada 17 April 2016 (Ahad)
    12. Program Perancangan Kepimpinan Pekerja Ladang Parlimen Gombak Pada 21 Februari 2016 (Ahad)
    13. Program Bengkel Kemahiran Menjahit (Pekerja Ladang) Parlimen Kuala Langat Pada 29 Mei 2016 (Ahad)
    14. Program Perancangan Ramah Mesra Pekerja Ladang Parlimen Sabak Bernam Pada 27 Mac 2016 (Ahad)
    15. Program Bimbingan dan Minda Cemerlang Pekerja Ladang Parlimen Shah Alam Pada 5 Jun 2016 (Ahad)
    16. Program Bengkel Kemahiran Membaiki Motosikal (Pekerja Ladang) Parlimen Klang Pada 22 Mei 2016 (Ahad)
    17. Program Perniagaan Homemade Kek Pada 2 Julai 2016 (Sabtu)
    18. Program Perniagaan Homemade Cookies Pada 23 Julai  2016 (Sabtu)
    19. Program Memperkasakan Anak Pekerja Ladang Dengan Kemahiran Grooming And Make Up Workshop Pada 14 Ogos  2016 (Ahad)
    20. Program Perniagaan Homemade Kek Pada 14 Ogos 2016 (Ahad)
    21. Program Perniagaan Handmade Candy Pada 21 Ogos 2016 (Ahad)
    22. Program Memperkasakan Anak Pekerja Ladang Dengan Kemahiran Teknikal Melalui Program Asas Mencetak T-Shirt Pada 21 Ogos  2016 (Ahad)
    23. Program Pembangunan Sosial dan Menjana Pendapatan Belia Pekerja India Pada 10 April 2016 (Ahad)
    24. Program Latihan Kemahiran Anak – anak Pekerja Ladang Pada 9 April  2016 (Sabtu)
    25. Program Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Pada 24 April  2016 (Ahad)
    26.

     

    Program Mesra Rakyat “Kursus Kemahiran Asas Seni Kraftangan Untuk Pekerja Ladang” Pada 20 Mac 2016 2016 (Ahad)

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang tidak hanya memandang serius akan kebajikan pekerja ladang itu sendiri, malahan tumpuan turut diberikan kepada anak-anak pekerja ladang dengan mengambil berat akan kebajikan mereka terutama dalam bidang pendidikan bagi membantu mereka untuk lebih maju dan berdaya saing seiring dengan pelajar di luar sana.  Justeru itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengekalkan program-program bantuan sedia ada dan akan menambaik program-program tersebut dari masa ke semasa. Pada tahun 2016, pelbagai program telah disediakan untuk anak-anak pekerja ladang. Antara program-program yang telah dilaksanakan pada tahun tersebut khusus kepada anak-anak pekerja ladang adalah seperti   berikut :-

    PROGRAM PENDIDIKAN ANAK-ANAK PEKERJA LADANG
    Bantuan Yuran Pengajian IPTA / IPTS
    Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah
    Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR
    Program-program Pendidikan dan Motivasi Pelajar

    Dengan adanya program-program khusus kepada pekerja ladang dan anak-anak pekerja ladang di bawah Jawatankuasa, maka Kerajaan Negeri mengharapkan hak dan kebajikan mereka yang dianggap sebagai golongan susah oleh segelintir masyarakat lebih terjamin.

Lampiran

Tiada Lampiran.