Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
234) ORANG KELUAR ISLAM (MURTAD)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah orang murtad di Selangor dari 2014-2016 mengikut daerah
Undang-undang di Mahkamah Syariah Selangor tidak mempunyai sebarang peruntukan yang membenarkan mana-mana orang Islam untuk murtad. Walau bagaimanapun bidangkuasa yang ada hanyalah untuk mengisytiharkan seseorang bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 61(3)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Antara pengisytiharan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ialah apabila seseorang yang dilahirkan sebagai orang Islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam kerana dibesarkan oleh keluarga bukan Islam.
Permohonan pengisytiharan ini juga adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan tidak melibatkan daerah. Oleh itu, data berkaitan permohonan yang dibuat berdasarkan daerah tidak dapat dikemukakan.
Jumlah permohonan pengisytiharan seseorang itu bukan lagi orang Islam yang telah difailkan sejak tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti berikut :
Statistik Kes Permohonan Pengisytiharan Seseorang Itu
Bukan Lagi Orang Islam
TAHUN KES DIDAFTAR KES SELESAI BAKI KES 2014 37 9 28 2015 67 14 53 2016 67 3 64 JUMLAH 171 26 145 -
Nyatakan jumlah permohonan murtad di Selangor dari 2014-2016
Sama seperti di SUB(a)