Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
232) POTENSI PELANCONGAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti lokasi pelancongan baharu yang berpotensi memberi pulangan ekonomi?
Beberapa lokasi pelancongan baharu yang berpotensi memberi pulangan ekonomi adalah seperti yang berikut:-
BIL. NAMA LOKASI
TARIKAN PELANCONGAN
1 Bangi, Persiaran Bangi Avenue i) Bangi Wonderland ii) Pusat Komersial Bangi Square
2 Sepang, Lebuh IRC, i) Le Meriden Hotel ii) Ice Scape Ice Rink
iii) District 21
3 Damansara Perdana i) Empire Damansara – Marriot Hotel (6 Star Hotel)
– Ice Scating Olympic Size
4 Rawang i) The Two Rawang – Pusat Konvensyen
– Taman Tema
5 USJ Subang Jaya i) Miniature USJ Summit ii) Da Men USJ
iii) USJ Wholesale City
iv) E-City Hotel & Convection Centre
6 Setia Alam, Shah Alam i) Setia City Convention Centre 7 Sasaran Kuala Selangor i) Sasaran Art ii) Sky Mirror (Hidden Island)
-
Nyatakan jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan sektor pelancongan dari 2014-2016.
Kerajaan Negeri sentiasa komited di dalam usaha untuk memajukan potensi pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor. Sepanjang tahun 2014 sehingga tahun 2016, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM22.35 juta di mana peruntukan berkenaan meliputi penganjuran program dan acara pelancongan, menaik taraf produk dan memajukan kraf tangan. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut:
BIL TAHUN PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
1 2014 · Program dan Acara 2,500,000.00 · Menaik taraf produk 2,500,000.00 · Memajukan kraf tangan 200,000.00 JUMLAH 5,200,000.00 2 2015 · Program dan Acara 4,000,000.00 · Menaik taraf Produk 2,500,000.00 · Memajukan kraf tangan 200,000.00 JUMLAH (RM) 6,700,000.00 3 2016 · Program dan Acara 4,500,000.00 · Menaik taraf Produk 2,500,000.00 · Memajukan kraf tangan 250,000.00 JUMLAH (RM) 7,250,000.00 JUMLAH KESELURUHAN (RM) 19,150,000.00