Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

226) PROSPEK PELABURAN MASUK KE SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prospek yang menarik pelabur masuk ke Selangor?

    Antara prospek yang menarik pelabur masuk ke Selangor adalah seperti;-

    1. Kestabilan Politik
    • Dasar dan polisi pelaburan yang konsisten.
    • Dasar Kerajaan Negeri yang mesra pelabur.
    • Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang telus dan proaktif.
    1. Dasar Pentadbiran Mesra Pelabur
    • 2 weeks policy / Tempoh kelulusan yang singkat.
    • Kerajaan Negeri Selangor juga mewujudkan Industrial Park Management Committee (IPMC) bagi membantu pelabur menyelesaikan permasalahan.
    • Penubuhan Invest Selangor bagi membantu para pelabur dan memudahkan urusan pelaburan di Negeri Selangor.
    • Penubuhan Unit Pelaburan Di Peringkat PBT bagi membantu para pelabur dalam mendapatkan kelulusan-kelulusan pembangunan yang berkaitan.
    • Kestabilan Ekonomi
    • Kos pelaburan yang kompetitif.
    1. Lokasi Yang Strategik
    • Lokasi negeri Selangor yang strategik iaitu di Lembah Klang dan terletak berhampiran Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat (Putrajaya) dan Kuala Lumpur.
    • Bebas daripada bencana alam seperti Tsunami, gempa bumi dan lain-lain.
    • Kawasan-kawasan perindustrian yang lengkap dengan kemudahan infra.
    1. Kemudahan Infrastuktur
    • Pelabuhan antarabangsa – North Port, West Port
    • Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA dan KLIA 2),
    • Jaringan Lebuhraya dan jalan utama yang menghubungkan semua kawasan di negeri Selangor.
    • Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan sebagainya.
    1. Faktor Sosial
      • Sumber tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi untuk keperluan sektor perindustrian.
      • Sumber tenaga kerja yang fasih berbahasa asing.
      • Kemudahan perumahan yang kondusif, selamat dan selesa.
      • Kemudahan perubatan dan pendidikan bertaraf antarabangsa
      • Kemudahan sukan dan rekreasi.
      • Kemudahan membeli belah yang serba lengkap

     

  2. Apakah pelan jangka masa panjang dan pendek Kerajaan Negeri bagi menarik pelabur asing masuk ke Selangor?

    1. Dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada 5 sektor industri utama iaitu;-

     

    1. Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics).
    2. Peralatan Pengangkutan (Transport Equipments).
    • Sains Hayat (Life Sciences).
    1. Makanan (Food Industries)
    2. Mesin & Jentera (Machine & Machinery)

     

    Daripada beberapa sektor industri utama tersebut, beberapa bidang industri tumpuan telah dikenalpasti berpotensi untuk berkembang di negeri Selangor seperti;-

    1. e-Commerce
    2. Bio – Teknologi
    • Aero – Angkasa
    1. Industri Halal

     

    Bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan menarik pelaburan masuk ke Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah merangkan beberapa strategi seperti berikut;-

     

     

     

    Strategi jangka masa panjang;-

     

    1. Menyediakan pelan perancangan strategik sektor perindustrian yang telah disiapkan.

     

    1. Merangka dan memacu hala tuju pembangunan perindustrian melalui Majlis Mesyuarat yang ditubuhkan seperti;-

     

    1. Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC)
    2. Halal International Selangor Council
    3. Selangor Aerospace Council
    4. Bio Tech – Council

     

    • Meningkatkan usaha promosi di luar Negara seperti program lawatan penggalakan pelaburan. Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan merangka program lawatan ke luar Negara sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun ke Negara yang berpotensi.

     

    1. Mewujudkan jaringan hubungan atau networking dengan agensi-agensi yang berkaitan (agensi kerajaan, kedutaan, Dewan-Dewan Perniagaan dalam dan luar Negara).

     

    1. Mewujudkan rakan hubungan strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan.

     

    1. Pengkelasan kawasan perindustrian mengikut standard kawasan perindustrian luar Negara bagi menyediakan kawasan perindustrian yang kondusif mengikut keperluan industri.

     

    • Mewujudkan kawasan perindustrian yang kondusif dan berkonsepkan Managed Industrial Parks.

     

    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan anak syarikat Kerajaan Negeri dan pemaju swasta yang berkonsepkan Managed Industrial Park dengan konsep Gated and Guarded

     

    Strategi jangka masa pendek;-

    • Penjenamaan dan mempromosikan kawasan-kawasan perindustrian yang berpotensi melalui media cetak atau elektronik.
    • Pengemaskinian dan penyediaan buku panduan pelaburan yang komprehensif dan mudah untuk dijadikan bahan rujukan para pelabur.
    • Membantu pihak industri menyelesaikan isu-isu pelaburan yang berbangkit melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh YB EXCO.
    • Memperkasakan peranan Unit Pelaburan PBT bagi membantu para pelabur dalam proses kelulusan pembangunan.
    • Menyediakan peruntukkan khusus bagi penyelenggaraan kawasan perindustrian di setiap PBT.
    • Mengadakan Mesyuarat IPMC bagi membantu menyelesaikan isu-isu perindustrian yang dihadapi oleh pelabur di peringkat PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.