Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
221) NELAYAN DARAT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah nelayan darat yang telah berdaftar dari 2014-2016
Untuk makluman, Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mula mendaftar nelayan darat bermula tahun 2014. Pada tahun 2016 jumlah nelayan darat berdaftar adalah seramai 96 orang. Berikut adalah pecahan nelayan darat mengikut daerah di Negeri Selangor :
Bil. Daerah Bilangan Nelayan Darat yang berdaftar (Orang) 1. Sabak Bernam 51 2. Kuala Selangor 26 3. Hulu Selangor 19 JUMLAH 96 -
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu nelayan tersebut?
Pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan anggaran bantuan bernilai sebanyak RM20,000.00 kepada nelayan darat di daerah Sabak Bernam. Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mengenalpasti penerima bantuan yang berpotensi daripada Pengkalan Sungai Panjang dan menguruskan penyaluran bantuan tersebut. Daripada peruntukan ini, sejumlah 40 nelayan darat telah menerima manfaat dalam bentuk bantuan jaring ikan, lampu suluh dan peti kecemasan untuk kegunaan semasa operasi penangkapan ikan.