Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

211) HADIAH PENGAJIAN IPT (IPR 4)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 4 dari 2014-2016 mengikut bangsa

    TAHUN/

    BANGSA

    PERMOHONAN LAYAK

     

    MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH PERBELANJAAN
    2014 6,486 1,074 689 94 RM8,343,000.00
    2015 5,068 892 549 76 RM6,586,000.00
    2016 5,093 904 633 103 RM6,733,000.00
    JUMLAH 16,647 2,870 1,871 273 RM21,662,000.00

     

  2. Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 dan sebabnya.

     

    1. Permohonan tidak layak adalah seperti jadual di bawah
    TAHUN PERMOHONAN TIDAK LAYAK
    2014 1,300
    2015 888
    2016 736
    JUMLAH (RM) 2,924

     

    • Sebab-sebab permohonan tidak layak adalah seperti berikut :
    • Taraf Mastautin

    (Pemohon/Ibu/Bapa bukan kelahiran Selangor)

    • Pendapatan isi rumah melebihi RM3,000.00
    • Peringkat pengajian

    (Pengajian selain daripada Diploma dan Ijazah)

    • Tahap pengajian bukan sepenuh masa

    Pemohon telah tamat pengajian

Lampiran

Tiada Lampiran.