Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
205) SKIM HIJRAH (IPR 7)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima dan perbelanjaan IPR 7 dari 2014-2016 mengikut bangsa.
Bilangan peserta Hijrah Selangor mengikut kaum sejak penubuhannya pada Mac 2015 sehingga 31 Disember 2016 adalah seperti berikut :
TAHUN MELAYU CINA INDIA JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH 26,776 ( 92.7) 366 (1.3 ) 1731 (6.0) 28,873 (100) -
Nyatakan jumlah permohonan yang ditolak dari 2014-2016 dan sebabnya
Jumlah permohonan yang ditolak dari 2015-2016 adalah sebanyak 1039 (3.6%). Sebab penolakan adalah seperti berikut :
i) Tidak memiliki premis perniagaan yang khusus
ii) Tidak mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
iii) Tidak menjalankan perniagaan
iv) Berniaga atau tinggal di luar Negeri Selangor (Kuala Lumpur)