Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
201) SKIM PEDULI SIHAT (IPR 16)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan IPR 16 sejak ia dilancarkan mengikut bangsa
Sehingga 14 Mac 2017, sebanyak 68,579 orang telah memohon untuk menjadi peserta Skim Peduli Sihat sejak ianya dilancarkan pada 24 Januari 2017. Pecahan permohonan mengikut bangsa adalah seperti Jadual di bawah:
BANGSA JUMLAH PENDAFTARAN PERATUSAN (%) MELAYU 47,697 69.55% CINA 9,258 13.50% INDIA 11,477 16.74% LAIN- LAIN 147 0.21% -
Sejauh manakah IPR 16 membantu meringankan beban rakyat memandangkan kos rawatan perubatan di Malaysia yang murah?
Selangor mempunyai jumlah penduduk sekitar 6.2 juta orang berdasarkan Laporan Anggaran Penduduk Semasa 2014 – 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Daripada jumlah ini, lebih daripada 2 juta orang tergolong sebagai kumpulan berpendapatan rendah atau Kumpulan Bottom 40% (B40). Laporan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia turut mendapati pendapatan Kumpulan B40 di Negeri Selangor adalah di antara RM 1,760 sehingga RM 2,928. Laporan ini juga mendapati bahawa Kumpulan B40 di Negeri Selangor membelanjakan lebih kurang RM100 sebulan untuk rawatan kesihatan, perubatan, insurans kesihatan dan sebagainya.
Justeru itu, Skim Peduli Sihat akan dapat membantu meringankan beban kos sara hidup terutama dari segi kos penjagaan kesihatan di kalangan golongan berpendapatan rendah.
-
Apakah bentuk-bentuk rawatan dengan had RM50 dan apakah jenis rawatan biasa yang tiada had?
Tiada had jenis rawatan dikenakan bagi kesihatan awam di dalam Skim Peduli Sihat.