Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
189) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perbandingan jumlah projek rumah terbengkalai dari tahun 2014- 2016 mengikut PBT
Untuk makluman Yang Berhormat, perbandingan jumlah projek terbengkalai dari tahun 2014 – 2016 mengikut PBT adalah seperti berikut:
Bil PBT 2014 2016 1 MBSA 12 10 2 MBPJ 5 3 3 MPSJ 7 3 4 MPAJ 6 4 5 MPK 31 30 6 MPKJ 15 12 7 MPS 12 9 8 MPSp 7 7 9 MDKS 10 8 10 MDHS 14 14 11 MDKL 14 13 12 MDSB 1 1 JUMLAH 134 114 -
Nyatakan jumlah projek perumahan terbengkalai yang telah diselesaikan dari tahun 2014-2016
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebanyak 20 projek terbengkalai di Selangor merangkumi projek perumahan dan hartanah komersial / industri yang telah berjaya diselesaikan dari tahun 2014 – 2016.