Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

184) PORTFOLIO PENDIDIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016

    Jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah sebanyak RM83,900,000 seperti perincian berikut :

    BIL PROGRAM TAHUN (RM)
    2014 2015 2016
    1 Program Bantuan Sekolah

     

    16 juta 16 juta 22 juta
    2 Program Tuisyen Rakyat

     

    3.45 juta 3.45 juta 3.6 juta
    3 Program Pendidikan

     

    1.5 juta 1.5 juta 1.4 juta
    4. Program SKIM TUNAS

     

    5 juta 5 juta 5 juta
    Jumlah 25,950,000 25,950,000 32,000,000
    Jumlah keseluruhan RM83,900,000
  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya.

    Senarai program di bawah portfolio pada tahun 2016 adalah seperti di Lampiran.

    LAMPIRAN

    Bajet: P01-05001 (Program Pendidikan)

    BIL NAMA PROGRAM
    1. Program Tuisyen Rakyat Selangor
    2. Program Sains Magika
    3. Program Pemantapan Guru Besar Sekolah
    4. Program Pemantapan Guru KAFA
    5. Program Konvensyen Pendidikan (DLP)
    6. Program Pengurusan Panitia SRI
    7. Program Pengajaran Dan Pembelajaran Tahsin Quran
    8. Program Pemantapan Kepimpinan SIRI
    9. Program Jelajah Generasi Idaman Selangor (GEMS) 2016 Daerah Hulu Selangor
    10. Pertandingan Melukis Dan Mewarna Daerah Hulu Selangor
    11. Ceramah Parenting Skill Daerah Hulu Selangor
    12. Program Choral Speaking
    13. Program Perdana Bersama Pelajar PTRS 2016
    14. Program Pemantapan Profesional Murabbi
    15. Program Teknik Belajar Berkesan (Smart Learning)
    16. Program Ramah Mesra Bersama Penerima Bantuan Sekolah 2016
    17. Ambang Tahun Baru 2016
    18. Simulasi Haji Cilik 2016
    19. Mega Parenting
    20. Program Profesionalisma Jurulatih Utama
    21. Program Training Of Trainers
    22. Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    BIL NAMA PROGRAM
    23. Program Jurulatih Utama
    24. Program Kemenjadian Insan Pendidik
    25. Program Komunikasi Kaedah Seribu Kosa Kata Negeri Selangor
    26. Program Wacana Karya Ilmuwan 2016
    27. Program Generasi Idaman Selangor Daerah Kuala Langat
    28. Program Parenting Skill Daerah Kuala Langat 2016
    29. Kursus Penyeliaan KAFA Negeri Selangor
    30. Pertandingan Al-Quran Braille Peringkat Kebangsaan 2016
    31. Program Pembangunan Pelajar Negeri Selangor
    32. Program Fun Test – Tic – Tac English Camp
    33. Program Pertandingan Bola Sepak SJKT Negeri Selangor
    34. Program Kursus Profesionalisma Penyeliaan Berkesan
    35. Program Jelajah Generasi Idaman Selangor GEMS Daerah Kuala Langat
    36. Parenting Skill Daerah Kuala Langat
    37. Pertandingan Mewarna Daerah Kuala Langat Sempena Generasi Idaman Selangor 2016
    38. Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Negeri Selangor 2016
    39. Program Pencegahan Dan Pencelahan Jelajah Generasi Idaman Selangor (GEMS) Daerah Kuala Selangor
    40. Program Ambang Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor
    41. Program Parenting Skill
    42. Pertandingan Melukis Dan Mewarna Sempena Program Pencegahan Dan Pencelahan Generasi Idaman Selangor (GEMS) 2016 Daerah Kuala Selangor
    43. Program Ceramah Keselamatan Jalanraya Bagi Program Pencegahan Dan Pencelahan Daerah Kuala Selangor 2016
    44. Jelajah Hari Terbuka Tadika Dan Skim TUNAS Selangor bagi Sesi 2016/2017
    45. Program Karnival Pendidikan Smart Selangor 2016
    46. Program Seminar Pemikiran Pendidikan Berasaskan Falsafah Pendidikan: Keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek (JERIS)
    BIL NAMA PROGRAM
    47. Program Pembangunan Kemahiran Pentadbir Pendidikan Negeri Selangor 2016
    48. Program Klinik Ambang SPM 2017
    49. Pakej Program Wacana Hala Tuju Pendidikan Negeri Selangor 2017
    50. Program Wacana Terjemahan Buku Ilmiah
    51. Program Teknik Belajar Yang Berkesan (SMART LEARNING) Di Seluruh Negeri Selangor
    52. Program Pengupayaan Komuniti Dan Hari Terbuka Tadika Daerah Hulu Langat
    53. Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar

    Bajet: P01-18007 (Program Skim TUNAS 2016)

    BIL FASA AMAUN (RM)
    1. TUNAS Fasa 1 (Januari-April) RM1,742,660.00
    2. TUNAS Fasa 2 (Mei-Ogos) RM1,823,500.00
    3. TUNAS Fasa 3 (September-December) RM1,371,885.00
      JUMLAH KESELURUHAN RM4,938,045.00

    Bajet: P01-05003 (Program Bantuan Pendidikan)

    FASA JENIS SEKOLAH AMAUN (RM)
    Fasa 1 SAR RM4,000,000.00
      SJKC RM2,615,000.00
      SJKT RM3,640,000.00
    Fasa 2 SAR RM1,895,000.00
      SJKC RM3,435,000.00
      SJKT RM415,000.00
                  JUMLAH KESELURUHAN   RM16,000,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.