Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

182) PRESTASI KEWANGAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari 2014-2016.

    Secara keseluruhannya, prestasi kewangan KUIS menunjukkan penurunan di dalam penyata pendapatan sebanyak 316% (2014), peningkatan sebanyak 1240% (2015) dan 121% (2016). Bagi penyata ekuiti pemilik pula mencatatkan penurunan sebanyak 48% (2014), peningkatan sebanyak 8% (2015) dan 17% (2016). Manakala penyata aliran tunai pula mencatatkan peningkatan sebanyak 90% (2014) 138% (2015) dan 106% (2016). Bersama-sama ini disertakan Prestasi Kewangan bagi 2014-2016 seperti di Lampiran.

  2. Nyatakan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan KUIS

    Prestasi kewangan terbaik sepanjang penubuhan KUIS adalah pada tahun 2008 iaitu sebanyak RM15.59 juta (2007 : Keuntungan RM8.17 juta). KUIS mencatatkan pendapatan sebanyak 71% iaitu RM37.54 juta (2007 : RM21.99 juta) berikutan peningkatan jumlah kemasukan pelajar yang mendaftar di KUIS. Manakala jumlah keseluruhan kos langsung pula meningkat sebanyak 83% daipada RM11.7 juta kepada RM21.39 juta adalah disebabkan terutamanya oleh pembayaran sewaan asrama BOT yang telah bermula pada tahun tersebut. Lain-lain pendapatan dan kos operasi masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 27% dan 13%.

    Prestasi kewangan terburuk KUIS pula adalah pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM11.30 juta (2010 : Keuntungan RM4.36 juta). KUIS mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak 28% iaitu RM38.63 juta (2010 : RM53.79 juta) berikutan penurunan jumlah pelajar mendaftar di KUIS. Ini disebabkan syarat kemasukan telah dinaikkan daripada 3 kredit kepada 5 kredit pada peringkat SPM dan sekali gus turut menyumbang kepada penurunan pendapatan KUIS. Selain itu, peningkatan keseluruhan kos langsung sebanyak 17% daripada RM38.09 juta kepada RM44.46 juta adalah disebabkan KUIS menanggung bayaran sewaan asrama BOT sebanyak RM13.56 juta setahun. Bagi lain-lain pendapatan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 22% manakala kos operasi pula mencatatkan penurunan sebanyak 11%.

    Merujuk kepada Lampiran A, tahun 2014 tidak dinyatakan sebagai prestasi kewangan yang terburuk kerana kerugian ini adalah disebabkan oleh peruntukan bagi sewaan asrama BOT yang telah dibuat bagi tahun 2013 dan 2014 sekali gus kerana tiada peruntukan dibuat pada tahun 2013. Peruntukan bagi dua tahun tersebut menyebabkan KUIS mencatatkan kerugian terburuk. Setelah mengambil kira peruntukan sewaan asrama BOT pada tahun 2013, kerugian sebenar pada tahun 2014 adalah RM48 ribu sahaja.

    Manakala pada tahun 2013 pula, KUIS mencatatkan keuntungan sebanyak RM6.29 juta. Keuntungan ini adalah tidak termasuk peruntukan sewaan asrama BOT sebanyak RM13.56 juta. Jika mengambil kira peruntukan tersebut, KUIS mencatatkan kerugian sebanyak RM7.27 juta.

    Secara keseluruhannya, prestasi kewangan terbaik dan terburuk KUIS adalah pada tahun 2008 (terbaik) dan 2011 (terburuk).

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.