Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

181) PORTFOLIO PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016.

    Jumlah peruntukan yang disediakan bagi Portfolio Pembangunan Modal Insan bermula tahun 2014 – 2016 adalah berjumlah RM16,108,000.00 seperti jadual di bawah :

    Bajet : P01-04003 (Program Pembangunan Modal Insan)

    Bil Tahun Peruntukan (RM)
    i. 2014 RM 5,000,000.00
    ii. 2015 RM 5,508,000.00
    iii. 2016 RM 5,600,000.00
    Jumlah RM 16,108,000.00

     Bajet : P01-18004 (Skim Latihan Semula Pekerja)

     Bil Tahun Peruntukan (RM)
    i. 2016 RM 1,000,000.00
    ii. 2017 RM 1,000,000.00
    Jumlah RM 2,000,000.00
  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Senarai program di bawah Portfolio Pembangunan Modal Insan serta kos pada tahun 2016 adalah seperti berikut :

    Bajet : P01-04003 (Program Pembangunan Modal Insan).

    Bil Nama Program Bil Program Jumlah (RM)
    i. Program INSAN ( Remaja,Belia, Pelajar IPT, Warga Pendidik, Penjawat Awam, Pimpinan Masyarakat, Keluarga, Kaunseling Komuniti, Skuad INSAN, Briged Wanita)

     

    162 RM 2,669,790.39
    ii. Karnival Kerjaya (Selangor Job Fair)

     

    a)    Selangor Job Fair Siri I (IDCC Shah Alam) – 05 Mei 2016

    b)    K.Langat Job Fair (PLAS) – 03 Sept 2016

    c)    K.Selangor Job Fair (Perkarangan Stadium Sukan ) – 23 Okt 2016

    d)    INPENS Job Fair – 03 Dis 2016

    e)    Karnival Kerjaya (Job Fair) & Pendidikan (KUIS)                                  – 07-08 Dis 2016

    f)     Selangor Job Fair Siri II (Dataran Shah Alam) – 31 Dis 2016

     

    6 RM 422,209.61
    iii. Program Pembangunan Bakat

     

    a)    YES – Youth Enchancement Strategy

    b)    I-HIT – Program Internship High Impact Talent

     

    2 RM 2,508,000.00
      JUMLAH RM 5,600,000.00

     

    Bajet : P01-18004 (Skim Latihan Semula Pekerja)

    .

    Bil Nama Program Bil Program Jumlah (Rm)
    i. Program Latihan Kemahiran Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor

     

    3 RM 93,000.00
      Jumlah RM 93,000.00

    Kos keseluruhan program di bawah Portfolio Pembangunan Modal Insan pada tahun 2016 adalah berjumlah RM5,693,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.