Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

176) PRESTASI KEWANGAN PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi kewangan PNSB yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016.

    Tahun 2014 (Beraudit)

    RM

    2015 (Beraudit)

    RM

     

    2016

    (Belum Beraudit)

    RM

     

    Keuntungan Selepas Cukai 28,572,122  

    5,930,638

     

    51,912,649

     

    Total Equity 398,708,245 404,638,883 407,923,782
    Aliran Tunai 89,561,815 19,016,806 56,851,301
  2. Nyatakan tahun dan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan PNSB.

    Prestasi kewangan syarikat PNSB yang terbaik dan terburuk sepanjang penubuhan PNSB :-

    Prestasi Kewangan Terbaik

    Syarikat PNSB telah mencapai Prestasi Kewangan yang terbaik pada tahun 2013 di mana jumlah perolehan adalah sejumlah RM64 juta dan keuntungan bersih selepas cukai adalah berjumlah RM45 juta. Keuntungan tersebut dijana daripada perjanjian jualbeli yang telah ditandatangani pada tahun 2013 bagi pembangunan tanah di Sungai Jerlok, Mukim Kajang.

    Prestasi Kewangan Terburuk

    Syarikat PNSB mengalami prestasi kewangan terburuk pada tahun 2015 dengan keuntungan selepas cukai dicatatkan berjumlah RM5.9 juta sahaja. Keuntungan rendah ini disebabkan kebanyakan perjanjian jual beli & pembangunan usahasama tanah tidak dapat dimuktamadkan dan PNSB terpaksa menanggung kerugian disebabkan kes perundangan yang difailkan terhadap PNSB berjumlah RM36 juta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.