Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

165) PORTFOLIO PEMBANGUNAN KAMPUNG BAHARU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016

    Jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk portfolio Pembangunan Kampung Baharu dari tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti berikut:

    BIL. TAHUN PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2014 5,000,000.00
    2. 2015 5,000,000.00
    3. 2016 5,000,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 15,000,000.00

     

  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru untuk melaksanakan program dan projek kecil sepanjang tahun 2016. Penganjuran program lebih bercorak aktiviti kemasyarakatan melibatkan penduduk komuniti kampung baru dan penduduk sekitar yang berhampiran dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, JKKK Kampung Baru, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang berkenaan, manakala bagi projek-projek kecil adalah menjurus kepada penaiktarafan kemudahan di Kampung Baru yang mana merangkumi beberapa jenis projek. Sepanjang tahun 2016, antara yang telah berjaya dilaksanakan adalah:

    Program-Program Kampung Baru

    BIL. PROGRAM PERUNTUKAN (RM)
    1 Penganjuran Kejohanan Bola Keranjang Piala Kampung Baru Tahun 2016 233,378.80
    2 Program Riang Ria Membaca 49,200.00
    3 Bahan Bacaan Program Riang Ria Membaca 76,400.00
    4 Program Pemeliharaan Budaya “The Story of Batang Kali” 5,000.00
    Jumlah Keseluruhan 363,978.80

    Projek-projek Kecil

    BIL. JENIS PROJEK BIL. PROJEK PERUNTUKAN                            (RM)
    1 Menaik taraf / Bina Baru Balai raya 6 193,188.10
    2 Menaik taraf Jalan Raya / Catwalk 12 1,280,798.29
    3 Menaik taraf longkang 13 637,604.94
    4 Menaik taraf Pusat Riadah 10 775,318.96
    6 Pintu Gerbang 3 99,508.00
    JUMLAH KESELURUHAN 44 2,986,418.29

Lampiran

Tiada Lampiran.