Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
155) SEWERAGE TREATMENT PLANT (STP) TAMAN DESA MAWAR, KAMPUNG SUNGAI YU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status kemajuan kerja terkini
Untuk makluman Yang Berhormat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah dilantik sebagai PMC sepertimana yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 29/2015 pada 09 September 2015 dan melantik Tetuan Grandmas sebagai Kontraktor Utama projek melalui proses Perolehan yang telah diluluskan. Cadangan pelantikan dan memuktamadkan harga telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Tender PKNS selepas rundingan harga dibuat antara pihak PKNS dan kontraktor utama pada 20 Februari 2017 dan cadangan pelantikan kontraktor diluluskan melalui Mesyuarat Lembaga Tender PKNS pada 24 Februari 2017 yang lalu. Serahan tapak kepada kontraktor dilantik bagi tujuan kerja-kerja pemulihan dibuat pada 13 Mac 2017.
-
Bilakah projek ini akan dapat disiapkan?
Sehubungan dengan itu, projek ini dijangka akan dapat disiapkan pada Mac 2018.