Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
141) KOS PENYELENGGARAN KEDIAMAN RASMI EXCO SELANGOR DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila menyatakan kos dan butir-butir penyelenggaraan untuk 10 unit kediaman rasmi EXCO Selangor dan juga Kompleks Dewan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Tahun 2015 dan Tahun 2016
Jumlah kos dan butir-butir penyelenggaraan untuk sepuluh (10) unit Kediaman Rasmi EXCO Selangor di Seksyen 7 (Shah Alam, Selangor) pada tahun 2015 dan tahun 2016 ialah RM384,592.70 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Lima Ratus Sembilan Puluh Dua dan Sen Tujuh Puluh Sahaja)
Data kos penyelenggaraan mengikut tahun 2015 dan 2016 adalah seperti berikut:
KOS PENYELENGGARAAN DI KOMPLEKS KEDIAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO) DARI TAHUN 2015 HINGGA 2016
BIL TAHUN JUMLAH HARGA KONTRAK KERJA JUMLAH INDEN JUMLAH 1. 2015 RM81,999.00 RM27,400.00 RM109,399.00 2. 2016 RM154,812.70 RM120,381.00 RM275,193.70 RM384,592.70 -
Sehingga bulan Februari 2017 adakah kesemua unit telah diduduki oleh EXCO?
Sehingga bulan Februari 2017, hanya sebanyak empat (4) orang Y.B. EXCO sahaja yang menduduki rumah EXCO secara rasmi. Senarai nama Y.B. EXCO yang menduduki rumah EXCO secara rasmi adalah seperti berikut:
Bil. Nama Y.B. EXCO Nombor Rumah 1. Y.B. Dato’ Iskandar bin Abdul Samad No. 2 2. Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi No. 4 3. Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi No. 9 4. Y.B. Tuan Amirudin bin Shari No. 10 Manakala sebanyak enam (6) orang Y.B. EXCO tidak menduduki secara rasmi seperti senarai di bawah:
Bil. Nama Y.B. EXCO Nombor Rumah 1. Y.B. Tuan Haji Zaidy bin Abdul Talib No. 1 2. Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman No. 3 3. Y.B. Dato’ Teng Chang Khim No. 5 4. Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad No. 6 5. Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah No. 7 6. Y.B. Puan Elizabeth Wong No. 8 -
Sila menyatakan butir-butir penyewaan kompleks dewan dan tujuan penggunaan pada tahun 2015 dan 2016
Butir-butir penyewaan Kompleks Dewan dan tujuan penggunaan pada tahun 2015 dan 2016 di Kompleks Y.B. EXCO adalah seperti di Lampiran.