Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

139) ISU KERETA BURUK TERSADAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah aduan diterima daripada publik mengadu isu kereta buruk tersadai di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2015 dan tahun 2016.

    Jumlah aduan isu kereta buruk tersadai yang diterima setiap PBT bagi tahun 2015 dan tahun 2016 adalah seperti berikut:-

    BIL. PBT JUMLAH ADUAN DITERIMA BERKENAAN KENDERAAN BURUK TERSADAI
    2015 2016
    1. MBSA 595 413
    2. MBPJ 782 2148
    3. MPSJ 735 984
    4. MPS 305 421
    5. MPKj 513 140
    6. MPK 226 294
    7. MPAJ 645 545
    8. MPSp 137 180
    9. MDKS 13 16
    10. MDKL 26 38
    11. MDSB 1 1
    12. MDHS 25 42
    JUMLAH KESELURUHAN 4003 5222

    Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah garis panduan atau S.O.P yang diguna pakai oleh setiap PBT untuk menunda atau menyaman pemilik kenderaan tersebut?

    Garis panduan atau SOP yang diguna pakai oleh PBT untuk tindakan pengeluaran notis atas kesalahan meletakkan kenderaan buruk/lusuh di tempat awam yang menyebabkan halangan adalah merujuk kepada Akta 133 Seksyen 46 1(e) dan Seksyen 46 3(a) untuk kuasa melakukan penyitaan kenderaan buruk dan makluman kepada pihak polis (Unit Risikan Jenayah D4) dilakukan sebelum penundaan dilakukan dan laporan polis turut dibuat setelah proses penundaan dilakukan.

  3. Apakah kekangan yang dihadapi oleh setiap PBT yang mengambil masa begitu lama untuk mengalihkan kenderaan tersebut yang menjadi punca eye sore dan berbahaya kepada pengguna jalan raya?

    Kekangan yang dihadapi oleh PBT dalam menguruskan kenderaan buruk terbengkalai/tersadai adalah:-

    1. Penempatan / depoh kenderaan yang ditunda yang terhad tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak;
    2. Depoh simpanan kenderaan terbiar yang penuh disebabkan prosedur pelupusan kenderaan yang memerlukan tempoh yang lama untuk dilupuskan.
    3. Depoh tunda juga tidak dilengkapi dengan peralatan yang lengkap dan kawalan keselamatan yang baik.
    4. Kos yang tinggi ditanggung oleh pihak PBT bagi kerja-kerja pindahalih serta menempatkan kenderaan terbiar di atas tanah yang disewa.
    5. Tindakan pindahalih juga tidak dapat dijalankan setiap hari memandangkan kekangan tugasan harian bagi menjalankan tugas-tugas hakiki yang lain
    6. Pemilik bengkel dan pemilik kenderaan buruk mengambil kesempatan membiarkan kenderaan terbiar di kawasan awam.
    7. Tindakan bersepadu dengan agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan tidak dapat dilaksanakan berikutan kekangan logistik dan tempat penyimpanan.
    8. Proses pelupusan yang memerlukan tempoh yang lama untuk melupuskan kenderaan buruk yang ditunda perlu melalui beberapa proses yang melibatkan semakan dari pihak PDRM tindakan penguatkuasaan kenderaan buruk tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya
    9. Pertambahan bilangan aduan kenderaan setiap hari.
    10. Masalah Kenderaan tunda yang sentiasa rosak dan tempoh membaiki kerosakan yang memerlukan tempoh yang lama untuk disiapkan.

     

    1. Kenderaan tunda juga tiada kelengkapan aksesori peralatan yang cukup dan berkualiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.