Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
138) ISU FOOD TRUCK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan permit dikeluarkan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak konsep Food Truck dibenarkan beroperasi di Negeri Selangor
Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bersidang pada 23 Jun 2016 telah meluluskan Garis Panduan Perniagaan Trak Bergerak – Makanan, Perkhidmatan Dan Barangan bagi Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, satu pekeliling telah dikeluarkan pada Ogos 2016 untuk digunapakai oleh seluruh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Sehingga Mac 2017 sebanyak 138 permohonan permit trak bergerak telah dikeluarkan. Walau bagaimanapun, hanya enam (6) daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai perniagaan trak bergerak. Perincian adalah seperti berikut:
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN
MAKANAN PERKHIDMATAN BARANGAN JUMLAH KESELURUHAN 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 20 20 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 35 1 36 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6 6 4 Majlis Perbandaran Kajang 18 18 5 Majlis Perbandaran Selayang 15 15 6 Majlis Perbandaran Subang Jaya 43 43 7 Majlis Perbandaran Klang – 8 Majlis Perbandaran Sepang – 9 Majlis Daerah Sabak Bernam – 10 Majlis Daerah Hulu Selangor – 11 Majlis Daerah Kuala Selangor – 12 Majlis Daerah Kuala Langat – JUMLAH 137 1 138 -
Apakah kriteria dan syarat-syarat dinyatakan bagi seseorang pengusaha Food Truck memohon permit daripada PBT berdasarkan garis panduan lesen niaga Food Truck?
Syarat-syarat asas bagi memohon permit pengusaha Food Truck adalah sama seperti permit penjaja bergerak. Namun terdapat kriteria yang perlu dipatuhi selaras dengan konsep trak bergerak. Kriteria-kriteria adalah seperti berikut:
- Pemeriksaan permit perniagaan.
- Waktu perniagaan.
- Permit perlu dipamerkan.
- Lokasi perniagaan.
- Aspek kebersihan dan kesihatan.
- Halangan dan kacau ganggu.
- Menjalankan perniagaan di dalam petak yang diluluskan sahaja.
- Lain-lain syarat-syarat yang dikenakan dari semasa ke semasa.
-
Sila menyatakan masa berniaga, lokasi dan tempat disediakan untuk operasi perniagaan Food Truck di Negeri Selangor
Lokasi perniagaan trak bergerak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu tapak persendirian dan tapak yang disediakan oleh PBT. Waktu beroperasi berbeza mengikut lokasi dan penguatkuasaan oleh PBT. Lokasi dan waktu operasi perniagaan trak bergerak bagi setiap PBT seperti di Lampiran 1.