Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

134) PADANG CERGAS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif yang dicapai dengan membina padang cergas di taman-taman permainan kanak-kanak?

    Objektif pembinaan padang cergas adalah untuk mewujudkan satu padang yang mempunyai elemen-elemen seperti lampu solar, pondok berbumbung kayu, kerusi batu, peralatan permainan kanak-kanak, peralatan senaman gym dan tambahan adalah penyediaan papan tanda padang cergas bagi kemudahan masyarakat beriadah serta berekreasi ke arah cara hidup yang lebih sihat.

  2. Senaraikan bilangan padang cergas sehingga kini menurut PBT

    Jumlah bilangan padang cergas yang dibina sehingga tahun 2016 adalah seperti berikut :

    PBT BILANGAN SIAP DIBINA (TAHUN) DALAM TINDAKAN

    (2017)

    2013 2014 2015 2016
    MBSA 0 11 12 12 12
    MBPJ 10 5 16 20 14
    MPK 1 10 12 14 Belum hantar lokasi
    MPSJ 4 12 10 10 8
    MPAJ 0 5 5 1 9
    MPS 2 3 3 10 Permohonan masih di peringkat kelulusan pengurusan tertinggi
    MPKJ 2 23 19 13 25
    MPSP 1 3 2 3 3
    MDKL 6 7 7 7 7
    MDHS 6 6 6 6 6
    MDKS 2 5 5 5 5
    MDSB 4 4 4 5 4
    JUMLAH 38 94 101 96 93

    Nota : Sumber dari PBT

  3. Senaraikan peruntukan yang telah dibelanjakan di setiap PBT sehingga kini.

    Peruntukan yang telah dibelanjakan di setiap PBT sehingga kini adalah berjumlah RM16,432,852.95. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut :

    PBT PERUNTUKAN DIBELANJAKAN
    MBSA RM 2,169,000.00
    MBPJ RM 1,941,000.00
    MPK RM 715,958.00
    MPSJ RM 959,239.53
    MPAJ RM 559,693.00
    MPS RM 945,097.37
    MPKJ RM 3,500,000.00
    MPSP RM 364,188.90
    MDKL RM 1,067,532.60
    MDHS RM 1,345,000.00
    MDKS RM 705,836.55
    MDSB RM 2,720,000.00
    JUMLAH RM 16,432,852.95

     Nota : Sumber dari PBT

Lampiran

Tiada Lampiran.