Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
132) KESAN EL NINO LA NINA PADA TAHUN 2016
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pada awal 2016 Kerajaan mengumumkan membuat persediaan bagi menghadapi cuaca panas kesan daripada El Nino La Nina. Apakah benarbenar fenomena itu berlaku di Selangor?
Fenomena El Nino (gelombang haba) telah disahkan berlaku di Malaysia melalui kenyataan akhbar YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains dan Teknologi yang bertarikh 17 Mac 2016 (Lampiran 1).
Fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi) telah diramalkan berlaku dengan kebarangkalian 70% di Malaysia melalui kenyataan akhbar YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains dan Teknologi yang bertarikh 13 Mei 2016 (Lampiran 2) dan telah disahkan tidak memberi kesan signifikan (kesan lemah di antara 45% hingga 55% kebarangkalian) melalui kenyataan akhbar bertarikh 18 Oktober 2016 (Lampiran 3).
BIL. JENIS KEBAKARAN JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH 1. KEBUN TANAMAN 17 18 68 92 10 11 22 57 30 27 0 0 352 2. HUTAN/GAMBUT 44 140 300 250 17 63 78 147 96 85 7 8 1,235 3. LALANG/BELUKAR/SEMAK 116 224 286 380 47 129 209 347 132 144 17 42 2,073 4. SAMPAH 107 134 132 139 60 119 109 134 87 111 57 59 1,248 JUMLAH 284 516 786 861 134 322 418 685 345 367 81 109 4,908 Jadual 1 : Statistik Bulanan Jumlah Kebakaran Terbuka Tahun 2016
*Nota : El-Nino mulai neutral pada bulan Julai 2016
(Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor)
-
Kemukakan menurut daerah, rekod yang dikumpulkan kesan daripada fenomena tersebut, sekiranya ada.
Kesan Fenomena El Nino (gelombang haba)
- Statistik bulanan jumlah kebakaran terbuka seluruh Negeri Selangor sepanjang tahun 2016 (Jadual 1).
- Statistik jumlah keluasan kebakaran hutan simpan kekal seluruh Negeri Selangor sepanjang tahun 2016 (Jadual 2).
BIL. LOKASI KELUASAN (HEKTAR)
1. HS RAJA MUSA 150.0 2. HS B. BELATA (T) 0.00 3. HS KUALA LANGAT UTARA 0.00 4. HS KUALA LANGAT SELATAN 40.0 5. HS SUNGAI KARANG 1.0 6. HS HULU LANGAT 0.00 7. HS SUNGAI LALANG 0.00 JUMLAH 191.0 Jadual 2 : Statistik Jumlah Keluasan Kebakaran Hutan Simpan Tahun 2016
(Sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
- Tiada sebarang catuan bekalan air terawat dilaksanakan sepanjang tahun 2016 yang berkaitan bekalan air mentah berdasarkan kawalan dan pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor melalui langkah-langkah Operasi Pengepaman Air Kolam di Bistari Jaya – Kuala Selangor, Kawalan pelepasan empangan yang berhemah dan sistematik serta Operasi Pembenihan Awan yang berterusan.
- Tiada sebarang kes stroke haba dilaporkan di seluruh Negeri Selangor.
- Bagi Sektor Penternakan Jabatan Veterinar Negeri Selangor melaporkan di antara bulan Mac hingga Jun 2016, kematian sejumlah 67,590 ekor ayam (0.4% daripada keseluruhan populasi ternakan ayam Negeri Selangor) yang melibatkan 10 penternak dengan jumlah kerugian berjumlah RM652,651.00. Tiada kematian akibat fenomena El Nino dilaporkan spesies ternakan lain di Negeri Selangor.
- Bagi Sektor Perikanan sehingga kini, penternak Selangor tidak mengalami sebarang kesan yang ketara disebabkan oleh El Nino. Bagi industri Perikanan Tangkapan pula, kesan daripada El Nino tidak begitu ketara terhadap aktiviti nelayan dan jumlah pendaratan ikan.
- Bagi Sektor Pertanian, ianya merupakan sektor yang paling teruk terjejas di Selangor kesan daripada El Nino pada tahun 2016. Bancian kerosakan tanaman yang dibuat oleh Jabatan Pertanian Selangor terdapat 80 orang petani dengan keluasan tanaman terjejas seluas 105 hektar dan anggaran kerugian sebanyak RM230,000.00 di daerah Kuala Langat. Di daerah Hulu Langat pula terdapat 14 petani dengan keluasan tanaman terjejas seluas 24 hektar dan anggaran kerugian sebanyak RM95,000.00. Selain itu, seluas 5,800 hektar sawah di daerah Sabak Bernam terpaksa ditunda jadual penanaman selama dua minggu disebabkan kekurangan air dari sungai.
Fenomena La Nina (hujan berintensiti tinggi)
i) Statistik banjir dan banjir kilat sepanjang cerapan Monsun Timur Laut (Jadual 3).
DAERAH SEPANJANG TEMPOH BILIK GERAKAN NEGERI DIBUKA BERMULA 13 NOVEMBER 2016 SEHINGGA MAC 2017 BANJIR (KEKERAPAN) BANJIR KILAT (KEKERAPAN) JUMLAH HULU SELANGOR 0 1 1 SABAK BERNAM 26 0 26 KUALA SELANGOR 1 10 11 KLANG 3 32 35 PETALING 0 5 5 GOMBAK 0 8 8 SEPANG 11 1 12 KUALA LANGAT 6 0 6 HULU LANGAT 0 22 22 JUMLAH KESELURUHAN 9 DAERAH 126 Jadual 3 : Statistik Banjir dan Banjir Kilat
-
Kesan La Nina masih di penghujungnya di Eropah, apakah kesannya masa kini di Selangor?
Monsun Timur Laut telah bermula pada 10 November 2017 dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2017 (Lampiran 4). Hujan lebat yang berterusan akan menyebabkan banjir dan banjir kilat. Ramalan cuaca semasa di Negeri Selangor masih menunjukkan ramalan hujan lebat pada awal pagi atau lewat petang yang diikuti dengan angin kencang dan ribut perit. Statistik kejadian banjir dan banjir kilat sehingga Mac 2017 adalah seperti Jadual 3.