Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
109) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat tanah-tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan. Anggaran dua hingga tiga ekar. Apakah prosedur yang diperlukan bagi membangunkan kawasan tersebut sebagai rumah mampu milik (Rumah SelangorKu)?
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa langkah / prosedur yang perlu dipatuhi oleh pemohon bagi membangunkan Rmah Selangorku di atas tanah milik kerajaan. Antara langkah / prosedur tersebut adalah seperti berikut:-
i.)Kategori Tanah
Pemohon perlu memastikan bahawa tanah yang dipohon adalah milik kerajaan. Pemohon dikehendaki membuat semakan di Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan dan seterusnya permohonan pemberimilikan tanah boleh dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah berkenaan melalui tender terbuka.
ii) Cadangan Awal Pembangunan
Pemohon perlu membuat cadangan awal pembangunan Rumah Selangorku berdasarkan dasar dan polisi Rumah Selangorku
iii) Permohonan Pra Semakan
Pihak pemohon perlu mengemukakan permohonan pra semakan cadangan pembangunan kepada pihak LPHS untuk diteliti.
iv) Mesyuarat Penyelarasan
Mesyuarat penyelarasan berhubung cadangan pembangunan Rumah Selangorku akan dibuat oleh pihak LPHS. Keanggotaan bagi mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:
- a) Pengerusi : Pengarah Eksekutif, LPHS
- b) Ahli : Pejabat Tanah dan Galian Selangor
: Pejabat Darah / Tanah berkaitan
:Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan
:Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor
v) Pemohon perlu mengemukakan Borang Jadual 1 kepada pentadbir Tanah Daerah berkaitan dan mengemukakan butiran dirbersertapelan tapak yang dipohon sebanyak 2 salinan.
vi) Sekiranya pihak pemohon berjaya memohon tanah kerajaan tesebut, pemohon perlu mengemukakan ulasan Kebenaran Merancang kepada pihak LPHS untuk semakan sebelum mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang di Pihak Berkuasa Tempatan.