Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
106) PPR LEMBAH SUBANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan Kerajaan Selangor untuk bantu PPR?
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
- Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang telah membelanjakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan PPR /PPRT dari tahun 2013 sehingga kini adalah seperti berikut ;
Bil. Projek Perbelanjaan 1. PPR Kg. Baru Hicom (03.01.2012 sehingga 30 Sept. 2016)
RM10,801,451.33 2. PPR Kota Damansara (01.05.2013 sehingga 30 Sept. 2016)
RM11,935,264.30 3 PPR Serendah JUMLAH RM22,736,715.63 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Semua kos-kos penyelenggaraan dan pengurusan di PPR Taman Putra Damai adalah dibiayai sepenuhnya oleh MBPJ. Ini adalah untuk memastikan golongan orang kurang upaya / kurang berkemampuan dapat mendiami rumah PPR.
-
Apakah masalah sebenar yang menyebabkan Kerajaan Negeri perlu mengeluarkan peruntukan ini dan sejauh manakah Kerajaan Pusat membantu untuk menyelesaikan masalah ini?
Kerajaan Pusat pernah mengeluarkan Dana dianggarkan berjumlah RM20 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) pada tahun 2009 bagi kerja-kerja seperti berikut:
- Pembaikan 23 unit lif
- Pembaikan unit-unit kosong
- Pembaikan peralatan mekanikal dan elektrikal
- Penyediaan pagar bagi keseluruhan kawasan PPR mengikut Fasa
- Mengecat semua blok PPR