Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

97) PROGRAM MES BAGI PESERTA DUN PAYA JARAS

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peserta bagi program TAWAS dan SMUE bagi peserta dalam DUN Paya Jaras?

    Jumlah peserta bagi program TAWAS dan SMUE bagi peserta dalam DUN Paya Jaras adalah seperti berikut:

    TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

    Jumlah peserta yang layak bagi program TAWAS dalam DUN Paya Jaras sehingga 28hb Februari 2017 adalah seramai 6,225 orang. Berikut adalah pecahan mengikut bangsa:

    BANGSA JUMLAH
    Melayu 5,003
    Cina 573
    India 436
    Lain-Lain 213

    SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

    Jumlah peserta yang layak bagi program SMUE dalam DUN Paya Jaras sehingga 28hb Februari 2017 adalah seramai 4,207 orang. Berikut adalah pecahan mengikut bangsa:

    BANGSA JUMLAH
    Melayu 2,290
    Cina 1,288
    India 608
    Lain-Lain 21
  2. Bolehkah senarai, no telefon serta alamat peserta tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?

    YAWAS tiada masalah untuk kemukakan maklumat ahli yang diminta oleh pejabat ADN dalam bentuk softcopy. Pihak pejabat ADN hanya perlu membuat permohonan secara bertulis bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan atau muat turun secara terus melalui Sistem Semakan Program MES (SSPM).

    Untuk makluman, pada tahun 2011 YAWAS telah membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai SSPM dan sehingga kini diguna pakai oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN bagi memudahkan PKM DUN merekodkan data, membuat semakan dan mendapatkan maklumat terperinci mengenai ahli-ahli TAWAS dan SMUE di DUN masing-masing. Fungsi muat turun (download) melalui Ms. Excel juga turut disediakan. Setiap PKM DUN di Selangor mempunyai ID dan akses sepenuhnya ke dalam sistem ini.

    Kesimpulannya, PKM DUN boleh melihat serta menggunakan maklumat-maklumat ahli TAWAS dan SMUE di dalam sistem SSPM tanpa memaklumkan kepada YAWAS bagi tujuan ADUN mengenali, mengetahui dan mengumpul maklumat ahli-ahli di dalam kawasan DUN masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.