Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
82) WIFI PERCUMA
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status perkhidmatan wifi percuma Kerajaan di seluruh Negeri Selangor?
Perkhidmatan WiFi percuma kerajaan telah siap pemasangan pada penghujung tahun 2015.
-
Apakah usaha Kerajaan bagi memastikan kemudahan wifi percuma ini berfungsi dengan baik?
Penambahbaikan yang sedang dilaksanakan adalah untuk memastikan pemasangan hotspot lebih seimbang di seluruh Negeri Selangor melalui pengagihan semula dan penambahan hotspot WiFi Smart Selangor, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, dengan kelajuan yang lebih memuaskan.
-
Berapakah jumlah lokasi wifi percuma Selangor mengikut daerah di seluruh Selangor?
Jumlah Lokasi WiFi Smart Selangor mengikut daerah di seluruh Selangor adalah seperti berikut:
Daerah Jumlah Hotspot Gombak 148 Hulu Langat 627 Hulu Selangor 23 Klang 250 Kuala Langat 33 Kuala Selangor 45 Petaling 1512 Sabak Bernam 133 Sepang 210 JUMLAH 2981