Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

80) PEKEBUN KECIL

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejak pemerintahan PR dari tahun 2008 hingga kini, berapakah peruntukan yang telah disalurkan kepada pekebun kecil?

    Peruntukan yang disalurkan kepada pekebun kecil kelapa melalui Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah peruntukan

    (RM)

    2008 110,000.00
    2009 250,000.00
    2010 250,000.00
    2011 300,000.00
    2012 240,000.00
    2013 250,000.00
    2014 340,000.00
    2015 220,000.00
    2016 360,000.00
    2017 160,000.00
  2. Mohon senaraikan daerah dan jumlah bagi setiap daerah.

    Tumpuan pekebun kecil kelapa adalah di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

    Daerah 2008 2009 2010 2011 2012
    Sabak Bernam 45,000 100,000 100,000 150,000 135,000
    Kuala Selangor 40,000 100,000 100,000 100,000 75,000
    Kuala Langat   25,000 25,000 15,000  
    Klang 15,000 25,000 25,000 15,000 15,000
    Sepang       20,000 15,000
    Daerah 2013 2014 2015 2016 2017
    Sabak Bernam 150,000 180,000 80,000 100,000 70,000
    Kuala Selangor 100,000 100,000 110,000 130,000 80,000
    Kuala Langat   20,000   30,000 10,000
    Klang   40,000 30,000    
    Sepang          

     

Lampiran

Tiada Lampiran.