Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
72) KERJA MELEBARKAN BAHAGIAN JALAN LEBUHRAYA SELAYANGKEPONG DI DEPAN IDEAL CONVENTION CENTRE SELAYANG DARI LOKASI PAPAN TANDA ÒLATAR/ PUNCAK ALAM/ K. SELANGOR/ LUMUT/ IPOHÓ KE PERHENTIAN BAS
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kerja melebarkan bahagian jalan Lebuhraya Selayang-Kepong di depan Ideal Convention Centre Selayang yang menuju ke Taman Selayang Baru dari lokasi papan tanda ÒLATAR/ Puncak Alam/ K. Selangor/ Lumut/ IpohÓ ke perhentian bas yang tiba-tiba menjadikan 3 lorong ke 2 lorong dan kemudian 3 lorong balik?
Status kerja melebarkan bahagian jalan tersebut telah di iklan pada 9 Mac 2017 dan dijangka mula kerja pada awal April 2017. Maklumat projek seperti di Lampiran B3.
LAMPIRAN B3
Tajuk Kerja: Kerja-kerja Menaiktaraf Jalan dan Lain-lain Kerja Berkaitan di Jalan Selayang – Kepong, Di Dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan
Tarikh Mula: 1 April 2017
Tarikh Siap: 7 Mei 2017
Kos Projek: RM200,000.00
Skop Kerja: Pelebaran daripada 2 lorong ke 3 lorong, membaikpulih dan mengecat kerb jalan dan menaiktaraf longkang.
Panjang Jalan: 100m
Lokasi Projek: