Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

70) STATUS PROJEK PENAIKTARAFAN KUNCI AIR NO. 51 KE PINTU AIR OTOMATIK DI JALAN PAPAN PANDAMARAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status Projek Penaiktarafan Kunci Air No. 51 ke Pintu Air Otomatik di Jalan Papan Pandamaran?

    Status projek menaiktaraf Kunci Air No. 51 di Jalan Papan adalah di dalam proses rekabentuk akhir. Lantikan perunding dan juruukur telah dibuat pada tahun 2016. Skop kerja adalah menaiktaraf pintu air sedia ada kepada pintu air pasang surut.

  2. Berapa kos yang akan dibelanjakan untuk projek tersebut?

    Jumlah perbelanjaan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM3 juta.

  3. Bila projek tersebut dijangka siap?

    Projek tersebut dijangka siap pada tahun hujung tahun 2018.

    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Pada masa ini, 2 buah pam dipasang di kunci air jalan papan dalam keadaan baik dan mampu untuk menampung pengepaman air di kawasan berkenaan. Kapasiti pam berkenaan adalah 10 Cusec setiap satu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.