Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
66) PINTU GERBANG HARAM DI ATAS TANAH KERAJAAN (RIZAB JALAN) DI MUKIM KAPAR, DAERAH KLANG, NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Satu pintu gerbang telah didirikan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri di atas tanah Kerajaan (Rizab Jalan) di Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor di mana Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan Notis menurut Seksyen 425 dan Seksyen 426A(1)(c) Kanun Tanah Negara bertarikh 2 Februari 2017 kepada pemilik pintu gerbang tersebut tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil. Apakah tindakan seterusnya yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor memandangkan pintu gerbang tersebut dibantah oleh ramai penduduk-penduduk di kawasan tersebut?
Tindakan Pejabat Daerah Dan Tanah Klang (PTD). Notis telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan.