Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
54) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan secara terperinci projek rumah Selangorku yang telah dilulus dan bakal dibina mengikut setiap PBT disertakan nama dan lokasi projek
Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhan sebanyak 89,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri sehingga kini. Daripada keseluruhan unit tersebut terdapat sebanyak 665 unit Rumah Selangorku telah siap dibina, sebanyak 20,675 unit RSKU sedang dalam pembinaan dan sebanyak 3,803 unit yang bakal dibina berdasarkan kelulusan Kebenaran Merancang dan kelulusan Pelan Bangunan yang telah diperoleh, manakala baki 64,253 unit lagi masih di peringkat perancangan. Perincian projek bakal dibina adalah seperti berikut :-
Bil. PBT Pemaju / Pemaju Usahasama Projek Bil. Unit Jangka Siap (Tahun) 1. MPAJ Gapadu Harta Sdn. Bhd. Hakmilik HSD 62143 PT 3902 – HSD 62303 PT 4062 Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak. 60 (Jenis A)
202
(Jenis B) 27
(Jenis C)
9
(Jenis D)
2019 2. MPK Sutera Bangsa Sdn. Bhd. Ke atas hakmilik Lot 54922 GRN 85859 dan Sebahagian Lot 54923 GRN 85860 Di Taman Sungai Kapar Indah, Mukim, Kapar Daerah Klang. 259 Jenis C (Teres 1 Tingkat)
2019 3. MPKj Pan Majestic Development Sdn. Bhd. Hakmilik HSD 148833 PT 74093 Di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat. 24 (Jenis B)
128
(Jenis D)
2019 4. MPKj Tanming Raya Sdn. Bhd. PT 46823 dan PT 46824 (Tapak Baru), Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat. 173 (Jenis C)
2019 5. MPS Kumpulan Sri Jayomiesah Sdn. Bhd. (YKT Lands Sdn. Bhd.) Lot 23124, No. Hakmilik 93260, Bandar Kundang, Daerah Gombak. 96 (Jenis C)
2019 6. MKDS Perfect Eagle Development Sdn. Bhd. HS(D) 23278 PT 21746 dan HS(D) 23277 PT 21745 Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor. 45 (Jenis A) 135
(Jenis C)
2019 7. MDKS Soon Sin Hin Development Sdn. Bhd. Lot 1591 Dan PT 2053, Mukim Hujong Permatang, Daerah Kuala Selangor. 34 (Jenis C)
2019 8. MDKS 1st Mals Development (M) Sdn. Bhd. (Pemegang suratkuasa wakil kepada Tan Ah Ngow) Hakmilik GRN 97456 Lot 8592 Mukim Hujung Permatang, Daerah Kuala Selangor 45 (Jenis A)
30
(Jenis C) 65
(Jenis D)
2019 9. MPSp Gema Padu Sdn. Bhd. Hakmilik HSD 33057 PT 46314 dan HSD 33058 PT 46315 Mukim Dengkil Daerah Sepang. 33 (Jenis A)
135
(Jenis C1) 170
(Jenis C2)
2019 10. MPK Khoo Soon Lee Realty Sdn. Bhd. Di Atas Lot 51966, PT 143870, PT 143873 Dan PT 143736-143869, Bandar Bestari, Mukim Klang Daerah Klang. 264 (Jenis A)
350
(Jenis B)
400
(Jenis C) 302
(Jenis D)
2019 11. MPK Sutera Bangsa Sdn. Bhd. Di Atas PT 64240 Hingga PT 64246, PT 71570 Hingga PT 71574 Dan Lot 55023 Hingga Lot 55209, Taman Sungai Kapar Indah, Mukim Kapar, Daerah Klang. 77 Jenis C (Teres 1 Tingkat)
2019 12. MPK NPO Land Sdn. Bhd. Di Atas Hakmilik HS(D) 15375 PT 73321 dan HS(D) 15376 PT 73322 Di Mukim Kapar, Daerah Klang. 256 (Jenis C)
2019 PROJEK DIBAWAH SKIM INSENTIF GALAKAN RUMAH SELANGORKU 2015 13. MPS Elite Park Sdn. Bhd. (Mah Sing Group Berhad) Di Atas Lot 24673 PT 3080, Bandar Kundang, Mukim Rawang, Daerah Gombak. 488 (Jenis C)
2019 JUMLAH 3,803 -
Nyatakan kekosongan unit rumah yang masih belum ada pemohon bagi setiap projek yang telah dilancarkan
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini masih terdapat 1,408 unit kosong di kesemua projek Rumah Selangorku yang telah dilancarkan seperti berikut:
JENIS RUMAH SELANGOR BAKI UNIT KOSONG YANG BOLEH DITAWARKAN
JUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMA (Senarai menunggu)
A 62 87,552 B 34 8,008 C 592 21,762 D 720 15,594 JUMLAH 1,408 132,916 Walau bagaimanapun, kesemua projek yang telah dilancarkan telah mempunyai pemohon yang telah ditawarkan. Pemohon-pemohon ini telah menolak tawaran atas sebab-sebab berikut:
SEBAB PENOLAKAN PERATUSAN PINJAMAN TIDAK MEMENUHI SYARAT: i. Komitmen pemohon yang tinggi
ii. Tiada wang pendahuluan/deposit
iii. Senarai hitam oleh bank (PTPTN, kad kredit dll)
52% FAKTOR LOKASI DAN REKA BENTUK: i. Jauh daripada tempat kerja/tempat tinggal
ii. Salah pemilihan lokasi oleh pemohon
iii. Kemajuan kerja di peringkat awalan
iv. Pemohon memilih jenis kediaman ‘landed’
22% PEMOHON TIDAK DAPAT DIKESAN: i. Pemohon tidak mengemas kini alamat / no. telefon / email terkini
ii. LPHS/pemaju tidak dapat menghubungi pemohon
19% LAIN-LAIN: i. Bercerai/kematian
ii. Tidak bekerja ketika ditawarkan rumah
iii. Pemohon tidak berhasrat membeli
7% Selain daripada itu telah diperuntukkan sebanyak 62 unit Rumah Selangorku Jenis A kepada peneroka bandar yang melibatkan daerah Hulu Langat dan Gombak. Tawaran seterusnya akan dibuka kepada pemohon-pemohon yang dalam senarai menunggu yang terdapat seramai 132,916 pemohon dan dijangka angka ini akan bertambah dari masa ke semasa.