Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

42) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini pewartaan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sebagai padang golf dan rekreasi.

    Status tanah adalah tanah kerajaan di dalam proses perizaban bagi tujuan tapak Padang Golf di bawah pengawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menswastakan Padang Golf Kuala Kubu Bharu sekiranya Kerajaan Negeri tidak mampu menyelenggarakan padang golf tersebut? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Pada masa sekarang Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menswastakan padang golf tersebut. Padang golf berkenaan akan dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan rekreasi.

    Penswastaan mempunyai kelebihannya tersendiri di mana entiti kerajaan yang diswastakan dapat ditingkatkan kecekapannya. Sedikit sebanyak akan mengurangkan bebanan kewangan dan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri bagi menyediakan dan mengendalikan kemudahan dan infrastruktur serta kos penyelenggaraan padang golf tersebut.

    Bagaimanapun kesan penswastaan juga akan menyebabkan pihak Kerajaan Negeri kehilangan sedikit sebanyak keistimewaannya. Oleh yang demikian penilaian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia melibatkan penjualan aset, ekuiti serta pajakan aset tersebut yang memberi kesan jangka masa panjang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.