Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

41) HUBUNGAN EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARA SELANGOR DAN CHINA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan China di Selangor sejak tahun 2015

    Jumlah pelaburan China di Selangor sejak tahun 2015 hingga 2016 adalah sebanyak 8 projek perkilangan dengan nilai modal pelaburan sebanyak RM168,795,652. Sebanyak 771 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.

  2. Nyatakan pertemuan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan China bagi menjalin hubungan ekonomi dan perdagangan antara Selangor dan China sejak 2015

    Bagi tempoh dari tahun 2015 hingga 2016, Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa pertemuan dengan beberapa pihak di China terutamanya di peringkat negeri/wilayah seperti di Yinchuan, Xi’an, Chengdu dan lain-lain menerusi misi lawatan seperti berikut;-

    Bil. Misi Tarikh
    1. China – Arab State Expo

    (Yinchuan, Ningxia)

    10 – 13 Sept. 2015
    2. Trade & Investment Mission to China (Guangzhou, Dongguan & Shenzen) 9 – 16 Ogos 2016
    3. Misi Perdagangan & Pelaburan China (Beijing, Yinchuan, Xi’an, Chengdu, Mianyang) 27 Mei – 5 Jun 2016
  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap pelaburan China di Selangor pada masa depan?

    Bagi memastikan Selangor terus menjadi destinasi utama pelaburan di Malaysia, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor akan terus mengadakan misi lawatan perdagangan dan pelaburan ke Negara China, bagi menarik projek-projek pelaburan yang berpotensi untuk ditempatkan di Negeri Selangor.

    Selain itu, pihak pelabur China juga berminat untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada pihak kerajaan Negeri bagi mendapatkan persijilan halal untuk produk-produk keluaran mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.