Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
40) PERBELANJAAN AKAUN AMANAH PBT
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua perbelanjaan akaun amanah MBPJ dari tahun 2008 sehingga 2017, mengikut jenis akaun
Perbelanjaan Akaun Amanah MBPJ bagi tahun 2009 – 2017 adalah seperti di lampiran A.
Tahun 2008 : Tiada Akaun Amanah diwujudkan
-
Adakah perbelanjaan akan amanah memerlukan kelulusan Ahli Majlis?
Perbelanjaan akaun amanah diluluskan oleh Jawatankuasa Akaun Amanah. Jawatankuasa Akaun Amanah tidak dianggotai oleh Ahli Majlis. Walau bagaimanapun, laporan berkaitan akaun amanah dibentangkan setiap bulan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan yang mana ahli mesyuarat terdiri daripada 12 orang Ahli Majlis.