Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

31) PEMBERIAN TANAH DI DAERAH PETALING

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua tanah yang telah diberi hak milik baru di daerah Petaling sejak 2008.

    Senarai tanah yang telah diberi hakmilik baru di Daerah Petaling sejak 2008 adalah seperti di Lampiran A. Data ini diperoleh mengikut hakmilik Pejabat Tanah yang terdapat dalam Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).

  2. Apakah saiz tanah dan premium yang dibayar untuk setiap kes tersebut?

    Saiz tanah bagi tanah yang diberi hakmilik baru boleh dirujuk melalui senarai seperti di Lampiran A. Jumlah bayaran premium yang dibayar bagi permohonan pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara sejak tahun 2008 adalah seperti berikut:

    Bil Tahun Jumlah Premium (RM)
    1 2008 28,955,279.15
    2 2009 1,114,402.59
    3 2010 226,000,563.95
    4 2011 455,036,197.26
    5 2012 212,996,665.63
    6 2013 233,620,408.62
    7 2014 252,723,934.60
    8 2015 19,980,459.00
    9 2016 223,415,030.36
      JUMLAH 1,653,842,941.16

     

Lampiran

Tiada Lampiran.