Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
30) PEMBANGUNAN PULAU CAREY
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua pemilik tanah di Pulau Carey dengan lot tanah, keluasan dan gunatanah.
Senarai nama pemilik tanah di Pulau Carey adalah seperti di Lampiran A.
-
Adakah sebarang permohonan dibuat untuk tukar gunatanah/zoning di Pulau Carey? Jika ya, senaraikan
Seperti di Lampiran B.
-
Adakah sebarang tanah di Pulau Carey yang telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli? Jika ya, senaraikan tanah-tanah ini dan keluasan.
Terdapat satu tapak yang telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli di Sg. Bumbun, Pulau Carey iaitu di Lot seluas 329.6 ekar (133.4 ekar) dan telah diwartakan sebagai Warta No. 4172 bertarikh 9.10.2014 di mana, dikawal selia oleh Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor