Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
12) PROGRAM KARNIVAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU (3K)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang telah dijalankan di setiap daerah pada tahun 2016 serta butiran terperinci terhadap perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat serta bayaran honorarium kepada setiap penceramah, panelis, petugas luar dan lain-lain
Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) merupakan program tahunan yang telah dilaksanakan bermula tahun 2015 untuk memperkasakan institusi kampung. Program ini juga diteruskan pelaksanaan pada tahun 2016 selepas mendapat maklum balas yang positif dari Pejabat Daerah dan juga penduduk kampung. Pada tahun 2016, 3K telah dilaksanakan di sembilan (9) buah daerah berikut :
DAERAH BULAN Sabak Bernam 26 & 27 Februari Klang 25 & 26 Mac Sepang 15 & 16 April Hulu Selangor 29 & 30 April Hulu Langat 13 & 14 Mei Gombak 29 & 30 Julai Kuala Selangor 19 & 20 Ogos Petaling 9 & 10 Sept Kuala Langat 23 & 24 Sept Anggaran kos pelaksanaan karnival ini bagi satu (1) daerah adalah sebanyak RM116,900.00. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM70,000.00 adalah menggunakan peruntukan pembangunan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan perinciannya adalah seperti berikut:
BIL PERKARA KOS 1. LOGISTIK –Marquee Tent
-Khemah (20 Buah)
-Kerusi/ Meja
-Pentas
–PA System/ LED/ Background/ DJ/ Recording/Gimik Perasmian
-Tong Sampah RORO (Pembersihan)
-Keselamatan
–Generator Set
-JPAM / Medic
-Makan Minum (Urusetia & VIP)
RM7,500.00
RM5,000.00
RM1,000.00
RM3,700.00
RM11,500.00
RM1,000.00
RM1,000.00
RM4,000.00
RM1,000.00
RM8,000.00
=RM43,700.00
2. PROMOSI DAN PUBLISITI i) Banner, Bunting dan Flyers
Banner 12ft x 4ft = 40 unit
Bunting 2ft x 6ft = 60 unit
A5 Flyer = 10,000 unit
(128gsm artpaper, 2 side printing)
A3 Flye = 1,000 unit
(128gsm artpaper, 1 side printing)
ii) Harakah
Hitam/Putih(6col X 16cm full color (half page)
1 kali keluaran
iii) Sinar Harian
Hitam/Putih (Edisi Sel/KL)
1 kali keluaran
Nilai Tambah – Liputan berita untuk setiap aktiviti yang melibatkan program Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
RM7,100.00
RM1,500.00
RM1,700.00
=RM10,300.00
3. BAYARAN PENCERAMAH Slot Seminar MAQASID SYARIAH
Panel 1
Slot Kuliah Maghrib
Penceramah(Jumaat/Sabtu)
Slot Sembang Santai HD
(Panel 1) =RM1,000.00
(Panel 2) =RM1,500.00
RM1,000.00
RM500.00
RM2,500.00
=RM4,000.00
4. AKTIVITI PELAJAR INPENS
-Tukar Minyak Hitam
100 unit minyak hitam
-Gunting Rambut (L/W)
200 orang ke atas
(bermula 10.00 pagi sehingga pukul 4.30 ptg)
-Rawatan Muka @ Kecantikan
100 orang ke atas
(bermula 10.00 pagi sehingga pukul 4.30 ptg)
RM5,000.00
5. CENDERAHATI RM2,000.00 6. MERCU TANDA MASJID -standard still banner road panel
– 2 side
RM5,000.00 JUMLAH
RM70,000.00 Selain itu, beberapa jabatan dan agensi lain turut menyumbang kepada pelaksanaan program ini antaranya adalah seperti berikut:
BIL.
JABATAN / BAHAGIAN / AGENSI JUMLAH (RM)
1. UPEN (Sektoral) Standco Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi
70,000.00 2. JAIS Standco Hal Ehwal Agama Islam
3,000.00 3. PADAT Standco Adat Melayu dan Warisan
9,000.00 4. JAIS Bahagian Dakwah 5,700.00 5. JKKK 2,000.00 6. PAID Bahagian Undang-undang Keluarga 6,200.00 7. Masjid 1,000.00 8. ADUN/PKM 20,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM116,900.00 Kos Pelaksanaan Karnival 3K untuk satu (1) Daerah