Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

11) PERIHAL WARGA BUKAN MUSLIM DI DALAM SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur memanggil bukan Muslim sebagai saksi dalam sistem kehakiman mahkamah syariah sama ada jenayah atau sivil?

    Prosedur memanggil bukan Muslim sebagai saksi dalam sistem kehakiman di Mahkamah Syariah sama ada dalam kes jenayah atau kes mal adalah berdasarkan kepada peruntukan subseksyen 83(2) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa seorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan keterangan untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum Syarak. Sebagai contoh keterangan seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima jika dikehendaki. Oleh yang demikian, orang bukan Islam boleh memberikan keterangannya dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah.

  2. Apakah hak dan tanggungan bukan Muslim di bawah undang-undang syariah sama ada sivil atau jenayah, contohnya seorang bukan Muslim yang berkhalwat dengan seorang Muslim?

    Undang-undang Syariah sama ada kes mal atau jenayah adalah tidak terpakai kepada bukan Muslim selaras dengan Butiran 1, Senarai 2 Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa ke atas orang-orang beragama Islam sahaja. Sekiranya seorang bukan Islam telah melakukan kesalahan khalwat dengan seorang Islam, maka orang yang bukan Islam tersebut tidak akan didakwa.

Lampiran

Tiada Lampiran.