Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

10) KUMPULAN SEMESTA S/B

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai kedudukan kewangan KSSB bagi tahun 2015 dan 2016

    Butiran terperinci mengenai kedudukan kewangan beraudit KSSB bagi tahun 2015 dan 2016 adalah seperti berikut:-

      RM’Juta
    Perkara/Tahun 2015 2016
    Pendapatan 114.7 <N1>
    Keuntungan Kasar 33.7
    Keuntungan Operasi 25.9
    Nilai aset bersih 44.9

     

    <NI>    Penyata kewangan bagi tahun 2016 masih belum lengkap memandangkan KSSB masih lagi di dalam proses memuktamadkan penyata kewangan beraudit bagi tahun tersebut.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah royalti yang dibayar kepada Kerajaan Negeri?

    Royalti yang dibayar kepada Kerajaan Negeri sehingga 10 Mac 2017 adalah seperti berikut:-

    Tahun (RM’Juta)
    2008 0.53
    2009 5.11
    2010 10.80
    2011 16.00
    2012 10.33
    2013 14.12
    2014 15.74
    2015 20.55
    2016 14.05
    Sehingga 10 Mac 2017 1.99
    Jumlah 109.22
  3. Sila nyatakan senarai semua ahli lembaga pengarah dan semua elaun, kemudahan serta bonus yang diterima

    Senarai ahli lembaga pengarah KSSB adalah seperti berikut:-

    No. Ahli Lembaga Pengarah
    1. YB Dato’ Noordin bin Sulaiman
    2. YB Tuan Mohd Khairuddin bin Othman
    3. YBhg Tuan Cheong Seng Gee
    4. YB Dato’ Ahmad bin Omar
    5. YM Raja Shahreen bin Raja Othman
    6. YBhg Tuan Soffan Affendi bin Aminuddin

    Merujuk kepada Sidang Dewan yang terdahulu, maklumat berkenaan penggajian dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu. Ianya adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

    Walau bagaimanapun, Y.B. Ahli Dewan Negeri Selangor boleh memohon terus secara bertulis kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor atau kepada Setiausaha Dewan sekiranya memerlukan maklumat yang berkenaan. Jawapan hanya akan diberikan kepada Y.B Ahli Dewan yang bertanya sahaja dan harus diingatkan bahawa penerima maklumat mestilah bertanggungjawab ke atas maklumat tersebut sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 709.

Lampiran

Tiada Lampiran.