Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

4) SEKRETARIAT TASK FORCE FELDA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila huraikan perkembangan terkini sekretariat tersebut dan senaraikan ahliahlinya.

    Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor telah ditubuhkan melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 21/2010 pada 16 Jun 2010 bertujuan untuk menyusun dan memperkemaskan pelaksanaan tanah Rancangan FELDA Sungai Buaya serta membangunkan Skim Perumahan bagi anak-anak generasi kedua Felda serta menyelesaikan masalah berkaitan Felda di Negeri Selangor.

    Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Mesyuarat Tabung Amanah yang telah bermesyuarat pada 19 Jun 2014 telah bersetuju dan memutuskan agar Akaun Tabung Amanah Sekretariat Felda ini ditutup dan juga pengoperasian Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor kerana tiada sebarang produktiviti yang dihasilkan daripada penubuhan sekretariat ini kepada warga Felda Negeri Selangor.

    Sekretariat Task Force Felda Negeri Selangor telah dibubarkan selaras dengan kelulusan penutupan Akaun Amanah Sekretariat Felda pada 7 Oktober 2015.

  2. Sila senaraikan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekretariat sejak ianya ditubuhkan

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Sila nyatakan jumlah dana yang disalurkan kepada Sekretariat bagi memperjuangkan hak dan kepentingan warga Felda Negeri Selangor.

    Jumlah dana yang disalurkan kepada Sekretariat adalah seperti berikut :-

    BIL TARIKH NO. DOKUMEN JUMLAH

    (RM)

    1. April 2011 BUP 00011 598,200.00
    2. Mei 2012 BUP 00032 348,950.00
    3. Jun 2012 BUP 00049 130,000.00
    4. Oktober 2012 BUP 00092 249,250.00
    JUMLAH KESELURUHAN 1,326,400.00

Lampiran

Tiada Lampiran.