Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

3) PEMBINAAN KUNCI AIR BARU PARIT 5 SEKINCHAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini cadangan tersebut ?

    Perunding akan dilantik oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) MOA bagi melaksanakan kajian dan rekabentuk terperinci pembinaan kunci air baru Parit 5, Sekinchan dengan tempoh lantikan dan kajian selama 9 bulan. Lantikan akan dibuat pada bulan Mac 2017.

  2. Sila nyatakan bilakah tarikh sebentar kerja-kerja pembinaan akan dimulakan?

    Kerja-kerja pembinaan akan di tender pada Disember 2017.

  3. Sila kemukakan berapakah peruntukan yang diluluskan untuk kerja-kerja pembinaan kunci air baru Parit 5?

    Peruntukan yang diluluskan dalam RMK-11 untuk kerja-kerja pembinaan kunci air baru parit 5 adalah sebanyak RM7 juta. Peruntukan bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM500,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.