LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN NEGERI SELANGOR

๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— , ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ – Bertempat di Dewan Negeri Selangor telah berlangsungnya lawatan kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datoโ€™ (Dr.) Johari bin Abdul beserta deligasi. Lawatan ini disambut Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Lau Weng San dan YBrs. Puan Gayathri Prasena a/p Jaya Kumar, Setiausaha Bahagian Dewan Negeri Selangor.

Deligasi Dewan Rakyat seterusnya diberikan taklimat berhubung Pentadbiran Dewan Negeri Selangor oleh YB Speaker Dewan Negeri dan kemudiannya mengadakan lawatan sekitar kompleks Dewan Negeri.

Dalam siri lawatan ini, YB Tan Sri Datoโ€™ (Dr.) Johari turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datoโ€™ Menteri Besar Selangor, Datoโ€™ Seri Amirudin Bin Shari di Pejabat Datoโ€™ Menteri Besar.

Kunjungan ke Dewan Negeri Selangor ini merupakan yang terakhir serta menjadi pelengkap kepada siri lawatan kerja YB Tan Sri Datoโ€™ (Dr.) Johari bin Abdul ke Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia.

Semoga lawatan ini dapat membantu pihak Dewan Rakyat untuk mengumpulkan maklumat dan pandangan sebagai persediaan sempena Pra-Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Serawak pada September depan.