Tatasusila

Tatacara Pemakaian

  • Lelaki – Bersut hitam, bertali leher dan berkasut hitam
  • Perempuan – Berpakaian formal, blazer dan berkasut tutup

 

 

  • Apabila masuk/keluar dari Dewan, berdiri sebentar menghadap Speaker dan tunduk sebagai tanda hormat.
  • Penggunaan telefon bimbit, kamera atau alat perakam tidak dibenarkan semasa persidangan berlangsung.
  • Tidak dibenarkan meninggalkan Dewan semasa persidangan sedang berlangsung.
  • Bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi bagi Dewan Negeri. Jika terpaksa bertutur dalam Bahasa Inggeris, akhiri ayat dalam Bahasa Inggeris dengan “dengan izin”.
  • Gunakan mikrofon untuk bercakap. Hanya dibenarkan bercakap apabila diberi kebenaran oleh Speaker Dewan.
  • Bahasa kesat tidak dibenarkan sama sekali semasa persidangan Dewan.
  • Beri perhatian kepada peraturan-peraturan tetap dan masa yang diperuntukkan untuk anda untuk bercakap.