Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

181) INDUSTRI TERNAKAN UDANG HARIMAU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah keluasan kawasan industri ternakan Udang Harimau di negeri Selangor mengikut pecahan daerah?

  2. Sila huraikan secara terperinci bilangan pengusaha ternakan Udang Harimau yang berjaya dan dapat memasarkan hasil ke luar negara?

  3. Sila nyatakan sumbangan industri ternakan Udang Harimau terhadap sosial ekonomi penduduk setempat dan negeri Selangor?

182) PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan bercadang untuk menggunakan teknologi baru bagi pengurusan sisa pepejal yang mesra alam bagi menanggung jumlah sisa pepejal yang semakin meningkat.

183) KEKOSONGAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kekosongan jawatan pengarah dan kakitangan kanan lain di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

  2. Apakah sebabnya kelewatan pengisian kekosongan tersebut dan huraikan.

184) NILAI SIMPANAN SELANGOR TERBAIK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah faktor yang membawa Selangor mencapai simpanan RM1.1 bilion.

  2. Apakah sektor-sektor utama yang menyumbang kepada pencapaian simpanan tersebut?

  3. Apakah kegunaan terbaik bagi manfaat rakyat dan negeri Selangor?

185) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?

186) ASET MAJLIS BANDARAYA/PERBANDARAN/BANDARAN BERBENTUK SIMPANAN WANG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah Aset Bandaraya/Perbandaran/Bandaran dalam bentuk simpanan wang?

187) TENAGA MAHIR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan institusi awam yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan kursus vokasional dan kemahiran serta jenis kursus yang ditawarkan.

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor bagi memupuk dan melahirkan golongan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran yang bertukar daripada intensif buruh kepada intensif pengetahuan dan kemahiran?

188) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang menyebabkan projek perumahan ini terbengkalai?

  2. Bagaimanakah cara untuk memulihkan projek perumahan tersebut?

  3. Adakah sebarang tindakan boleh diambil terhadap pemaju yang bermasalah ini?

189) PROGRAM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah pendaftaran dari tahun 2008 hingga kini mengikut kawasan DUN.

  2. Adakah kerajaan negeri bertimbang untuk membuka semula peluang kepada mereka yang telah melepasi tarik tutup pendaftaran memandangkan ada mereka yang tidak mengetahui tentang program ini?

190) PERUNTUKKAN PEMBANGUNAN BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukkan satu tahun untuk program belia di bawah kerajaan negeri?

  2. Apakah tumpuan aktiviti-aktiviti belia untuk 2012?