Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

151) PERLOMBONGAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pendapatan yang telah diperolehi oleh Kerajaan hasil perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd dalam tempoh enam bulan lalu?

  2. Siapakah kontraktor-kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan aktiviti perlombongan pasir ini?

152) MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pembuangan pekerja oleh industri-industri yang terjejas di negeri ini?

  2. Kita difahamkan Kerajaan Negeri menyediakan dana khas untuk mereka yang diberhentikan kerja. Bagaimanakah proses itu dilaksanakan dan caracara untuk mendapatkannya?

  3. Nyatakan industri dan kilang-kilang yang terjejas yang berada dalam pengetahuan Kerajaan Negeri dan langkah-langkah yang sudah diambil?

153) TEBING RUNTUH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Penduduk Jalan 12, Taman Bukit Kajang bimbang tanah Bukit Kajang yang dipotong secara ÔverticalÕ runtuh dan membahayakan mereka. Apakah masalah tebing bukit curam ini berada di dalam maklumat MPKj?

  2. Apakah kaedah terbaik bagi menjamin tidak berlakunya runtuhan

  3. Bilakah tindakan memperbaikinya akan dilakukan?

154) UNJURAN PENDAPATAN DARIPADA PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis-jenis pelaburan dan jumlah pelaburan yang dibuat oleh negeri sepanjang 2 tahun lepas sehingga kini?

  2. Berapakah jumlah pelaburan asing ke dalam negeri Selangor dan perincikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan yang dibuat

  3. Apakah unjuran peningkatan kadar pelaburan yang akan diperolehi dalam masa lima tahun akan datang?

155) ISU TANAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila jelaskan mekanisme yang melibatkan ADUN di setiap kawasan dalam menentukan kegunaan tanah di setiap kawasan DUN yang berkenaan?

  2. Berapa banyakkah kawasan lapang di setiap Daerah yang digunakan oleh pihak swasta? Sila nyatakan lokasinya dan tempoh kontrak berkenaan?

  3. Berapa banyak kawasan lapang yang telah dibina bangunan kekal di atasnya dan adakah pihak kerajaan mengambil alih kawasan berkenaan dalam tahun 2009?

156) URUSTADBIR BERWIBAWA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah sebenar perbelanjaan pembelian kenderaan Toyota Camry untuk ahli-ahli pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Apakah tindakan yang diambil terhadap ahli-ahli Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (Ahli EXCO) yang sedang menghadapi siasatan dan tindakan mahkamah serta salah laku moral?

  3. Senaraikan jumlah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada setiap Ahli Parlimen di Negeri Selangor dan nyatakan senarai Ahli-ahli Parlimen yang menerima peruntukan berkenaan bagi tahun 2008 dan 2009?

157) ISU AIR PERCUMA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah tunggakan (sekiranya ada) dan berapakah anggaran bil bulanan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat KDEB kepada SYABAS. Ini adalah penting kerana sekiranya terdapat tunggakan, kualiti air untuk rakyat tidak dapat di pertahan / dipertingkatkan atas kekangan kos penyelenggaraan oleh pihak berkenaan dan seterusnya akan merugikan rakyat.

158) TITAH SULTAN SELANGOR BERHUBUNG MENGHORMATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN PERANAN INSTITUSI RAJA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan kerajaan negeri dalam merapatkan lagi hubungan rakyat dan institusi raja dalam usaha memartabatkan sistem perlembagaan beraja di negeri Selangor

159) PROGRAM RAKAN PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah unjuran keuntungan daripada hasil perlombongan pasir di seluruh Negeri Selangor bagi setiap tahun dari 2008 hingga 2012

  2. Bagaimanakah Program Rakan Pasir ini membantu dalam menghapus atau mengurangkan kegiatan pencurian pasir

  3. Apakah strategi, program dan prasarana yang dirangka dalam Program RakanPasir yang boleh memperkasakan penglibatan rakyat bagi menjaga hasil pasir di Negeri Selangor

160) KEDAI PERJUDIAN HARAM (MESIN SLOT)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri ke atas pemilik kedai dan peniaga tersebut?

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh PBT?